Friday, March 5, 2010

Allah itu Maha Berkuasa. Saya sudah tahu.

Bismillahirahmanirrahim.

Saya layangkan jari - jemari ini dengan beribu perasaan yang bercampur - baur. Saya rasa sekarang apa yang biasa dirasa oleh insan - insan lain. Saya selalu berkata,

" Ah, buang masa saja kalian menyimpan perasaan itu."

" Buat apa seksa diri, fikir tentang perkara - perkara yang tak memberi makna tu?"

Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak merasa. Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak meletakkan diri saya pada tempat orang itu. Tidak pernah saya selami hati mereka, mungkin. Maafkan saya, kerana lancang berbicara sebelum saya benar - benar memahami hati - hati mereka. Maaf.



Dalam masa seminggu, hati saya begitu diruntun dek perasaan yang entah apa - apa. Diri saya cukup terkesan dengan apa yang berlaku. Ah, silap saya. Begitu melayan hati yang lara, sehingga diri sendiri terabai, Izzati, salahkan diri sendiri. Izzati, kuat! Jangan ulang lagi apa yang kamu lakukan. Sukar untuk saya nyatakan kesan - kesannya. Cukup banyak. Dan bukan mudah untuk saya menghakis.



Dan. Apabila sesuatu itu telah berlaku, saya bagai dilanda dilema. Oh, izzati, mengapa kamu mesti dalam dilema? Tidakkah kamu tahu tentang pendirian kamu selama ini? Ya, pendirian kamu. Seharusnya kamu tidak perlu merasa ragu - ragu. Teruskan saya dengan pendirian kamu. Jauhkan hati dan fikiran kamu daripada perkara - perkara itu. Ya, saya cuba untuk jauhkan hati dan fikiran saya daripada semua itu! Uh, sukar.



Dan. Hari ini Allah telah menunjukkan sesuatu kepada saya. Allah Taala itu tahu benar tentang hati hambaNya. Allah itu tahu benar keinginan hambaNya. Maka, Allah telah menggerakkan saya untuk mencari dan akhirnya terjumpa sesuatu. Dan, nampaknya saya tidak perlu dilema lagi selepas ini. Saya tidak perlu lagi ragu - ragu. Saya tidak perlu lagi rasa bersalah tentang perkara yang tidak sepatutnya. Semuanya bagai cahaya angkasa yang terang menerangi bumi. Kamu sudah tahu, kan Izzati?



Dan. Kepada 'mereka' yang berkenaan. Sudahlah. Kamu tidak perlu lagi cuba untuk bermanis lidah dengan saya. Saya tidak sesekali termakan dek kemanisan kata - kata kamu itu. Manis pada zahir, hakikatnya pahit. Sangat pahit. Usah laungkan lagi cita - cita kamu itu pada saya. Saya tidak akan pernah peduli walau permata sekalipun yang keluar dari mulut kamu. Muktamad. Usah tunjukkan kebaikan kamu sedangkan kamu hanya alim - alim kucing. Allah Maha Tahu segala - galanya. Dan hari ini Allah telah menunjukkan kekuasaannya.

Jelas buat saya. Allah masih pelihara saya, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Hanya pada Allah jiwa saya taruhkan. Bukan pada yang tidak sepatutnya. Nauzubillahi min zaalik.

Allah, kuatkanlah hati dan jiwa hamba ini agar hati dan jiwa hamba ini hanya berpaut padaMu. Teguhkanlah kepercayaan hamba ini hanya padaMu. Tunjukkanlah kekuasaanMu selalu agar hamba ini menjadi insan yang sukar untuk lalai. Semoga hamba sukar menapak ke jalan kemungkaran. Amin.

Wednesday, February 17, 2010

Bersyukur

Tiba masanya juga rupanya.
Tiba masa apa? Tiba masa yang saya telah jangkakan sebelum ini. Dihentam dek sesuatu ke atas badan saya. Kenyataan saya di facebook sebelum ini.

" Saya tak kisah dengan lidahnya yang tajam. Jika disembur, saya akan dengar, dengar, dan dengar. Paling tidak, rasa sebak saja. Kemudian, balik, dan usaha untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi supaya tidak lagi dicucuk lidah yang tajam. Tetapi, saya harap lengan saya tidak dihinggap buku atau apa - apa saja, serta kepala saya tidak ditolak - tolak. (antara perkara yang saya takut)==Saya bersedia untuk esok= "

Hakikatnya, tiada apa yang tidak baik berlaku berkaitan apa yang saya risaukan buat masa sekarang. Hari pertama, selamat. Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segalanya. Hari kedua @ terakhir menyaksikan perkara yang saya takutkan berlaku.


" Tetapi, saya harap lengan saya tidak dihinggap buku atau apa - apa saja, serta kepala saya tidak ditolak - tolak. (antara perkara yang saya takut) "
Bukan lengan yang dihinggap. Buku buku yang dijadikan alat. Bukan kepala dijadikan sasaran. Tetapi belakang saya. Secara jujurnya saya bersyukur kerana berkesempatan terkena hukuman yang selama ini saya takutkan. Alhamdulillah. Sekurang - kurangnya terkesan juga untuk lebih mengambil berat tentang diri sendiri. Terima kasih kerana meninggalkan kesan itu di bahagian belakang badan saya. Bukanlah kesan apa pun. Cuma sehingga sekarang masih terasa bekasnya.

Bersyukur.
Bersyukur kerana saya tahu apa salah saya. Bersyukur kerana hukuman itu menyedarkan saya dari kelalaian. Bersyukur kerana saya sudah tahu bahawa setiap perkara harus diteliti dengan sebenar - benar penelitian. Bersyukur kerana ada insan yang mengambil berat tentang saya. Terima kasih.

Kuat.
Semoga saya terus kuat menadah segala amanah. Semoga saya terus kuat menimba ilmu sebanyak - banyaknya. Semoga saya kuat menatang dugaan. Hakikat hayat seorang mukmin itu bukanlah mudah berputus asa. Oleh sebab itulah saya mesti kuat.!

Sunday, February 7, 2010

Kelabu.

Bermula dengan ingatan saya kepadanya. Ah, apakah yang ada dalam hati ini? Sesuatu yang sukar diungkap. Dan saya mencari - cari dia. Kelabu. Dan tidak jelas. Mana dia? Mana kamu? Saya menanti kamu untuk muncul? Izzati, jangan berharap. Kamu belum cukup baik bagi yang terbaik. Ya, saya belum mencapai ke tahap yang cukup baik bagi insan -insan yang hebat di sekeliling saya. Sekarang bukan saya fikirkan tentang ramainya insan sekeliling saya yang hebat - hebat belaka. Tetapi, kamu. Kamu. Dan, kamu. Ya Allah. Sesungguhnya engkau sahaja yang mengetahui dan memahami detik hati ini. Dari mula pencarian saya. Allah, bantulah saya. Agar saya tidak tersesat dek perasaan yang membutakan ini. Butakah? Ya. Buta jika tidak dipertimbangkan dengan jelas. Mengapa perlu saya berperang dengan rasa hati ini setelah sekian lama hati ini menyepi untuk merasai perkara yang bukan sepatutnya. Oh, hakikat. Hakikat bagi seorang manusia yang serba lemah ini.

Kenapa?

Kenapa dia? Entah. Terpampang jelas apa yang dia rasa ketika ini. Katanya, "saya sedang mencari semula sinar iman yang dirasakan semakin tandus sepanjang perjalanan saya di luar." Tahulah kamu, saya juga sama. Dan kamu. Saya tidak tahu apa yang harus diungkap tentang kamu.

Allah, tuhanku. Bantulah aku mencari sinar sebenar. Yang bakal membahagiakan hayatku. Saya dan kamu. Hanya ini sahaja yang menyatukan hati - hati kita, untuk terus di jalan hakiki. Dan kamu. Saya mengharapkan sesuatu pada suatu hari yang belum pasti. Mungkin
.

Wednesday, February 3, 2010

Saya dan saya

Dengan penuh rasa lemah dan kurang bermaya, saya mengaku siapalah saya ini ingin mendabik dada, bermegah - megah. Siapalah saya ini jika dibandingkan dengan insan lain, yang jauh lebih hebat daripada saya. Dalam satu hari, saya gunakan segala perkara yang berlaku sebagai kayu penanda untuk merefleksi diri, melakukan koreksi sana - sini. Saya sedar dan seolah - olah baru tersedar. Siapalah saya ini. Siapalah saya di sisi Allah Taala. Yang setia mengalirkan nikmat buat seluruh penghuni bumi. Nikmat. Perkara yang selalu dipandang enteng dan manusia mudah benar lupa akan pemberinya.
Setelah lama tak diserang gatal - gatal hidung dan selsema yang teruk (akibat salah makan), maka hari ini nikmat sihat itu ditarik buat seketika, menyedarkan saya. Apa yang saya lakukan di waktu sihat? Saya benar - benar tidak menggunakannya ke arah yang sepatutnya. Ah, sekali lagi. Kenapa sesudah ditimpa susah baru ingin tersedar? Manusia. Mudah sungguh lupa.
Prestasi. Prestasi saya benar- benar merosot minggu ini. Tiada siapa yang mengadili, tiada siapa yang berkomentar mengenai saya, tiada siapa yang datang memberitahu saya. Tapi, saya tahu diri saya. Prestasi saya benar - benar merosot minggu ini. Ah, sudah. Bangunlah. Cukuplah tersungkur sekali, jangan diulang lagi.

Sunday, January 31, 2010

Esok 1 Februari

Segala puji bagi Allah saya panjatkan kerana mengizinkan saya untuk menaip di sini. Sudah lama saya tinggalkan. Teringat pulak kata - kata seorang penulis dalam tayangan videonya "ada orang buat blog, tapi update setahun sekali" Haihh.. Trasa sungguh mendengarnya. =)
Hari - hari saya lalui seperti biasa. Sungguh sibuk. Dengan kerja sekolah, kerja rumah(berkaitan dengan kerja - kerja perempuan) kemudian tugas - tugas lain lagi yang tidak kurang pentingnya.
Dan esok 1 Februari. Ada apa dengan satu Februari? Ini bermakna, Januari melabuhkan tirainya tanpa kerelaan hati saya. Oh Januari.. Kenapa begitu pantas sekali kau pergi. Sempat pula kau mengucapkan selamat tinggal. Ya. Selamat tinggal Januari. Januari yang penuh dengan perkara - perkara baru yang belum pernah saya hadapi sebelum ini. Sungguh, baru bulan pertama di sekolah pada tahun ini, sudah beberapa titis air mata saya tumpahkan. Begitu juga kawan - kawan. Teringat pulak kata - kata seorang kawan, Farhana. "Hmm,, 'negara' ni banyak buat orang menangis tahun ni" (perkataan negara bukan perkataan sebenar) Walaupun begitu, syukur saya panjatkan kerana Allah memberi saya peluang untuk merasai pahitnya laluan - laluan ini. Sungguh pahit. Buat kawan - kawan, semoga segala pengalaman yang kita lalui dalam satu bulan ini cukup memberi kesan atas diri kita agar setiap daripada kita terus matang mengahadapi cabaran yang lebih besar pastinya. Dan Februari yang bakal dilalui, pastinya saya mengharapakan yang lebih baik ke atas diri saya. Usaha saya perlu lebih baik. Kerja saya perlu lebih baik. Amanah yang diletakkan ke atas bahu saya perlu saya tunaikan dengan lebih baik. Solat saya seharusnya lebih baik. Bacaa al-quran seharusnya lebih baik. Hafazan saya harusnya lebih baik. Semuanya harus lebih baik. Saya harus lebih tabah. Teringat lagi kata - kata Cikgu Aishah "Orang yang excellent tak akan kisah dengan rasa penat. Biar awak penat dari sekarang." Ya. Saya penat. Tapi saya harus abaikan saja penat itu, asalkan saya dapat lakukan yang lebih baik untuk kehidupan saya. Ah, sukar diucapkan. Perasaan yang bercampur baur. Lega, lapang, takut, risau, sedih dan macam - macam lagi. Sungguh, semakin saya lanjut usia, semakin banyak yang saya pelajari. Penat dan lelah harus saya jadikan sebagai asam dan garam untuk lebih menyedapkan hidup saya, bukannya sebagai perosak hidup saya. Ya, Jadikan sebagai penyedap hidup. Brusaha dengan lebih giat. Usah hirau penat. Ah, mampukah saya? Semoga Allah membantu dan memudahkan segala urusan hidup seharian saya. Amin.

Monday, December 21, 2009

Apabila Masih di Bawah Sedar

Kesedaran. Satu perkataan yang cukup penting bagi mengeluarkan seseorang dari belenggu kejahilan. Saya begitu sensitif dengan perkataan ini sejak akhir - akhir ini. Tuisyen sudah selesai. Tinggal untuk meyiapkan homeworks yang masih bersisa (agak banyak juga). Saya bersyukur kerana Allah membukakan hati saya untuk menghadirkan diri ke tuisyen intensif tahun ini. Nasib baik juga dikurniakan kerajinan untuk melangkah keluar rumah sejak pagi lagi, kemudian selesai tuisyen, berjalan pula ke library, menghabiskan petang di sana. Setiap langkah saya, ke mana sahaja, ada hikmah dan perkara yang ingin Allah tunjukkan. Saya berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Apa yang ingin saya katakan ialah apabila mereka masih di bawah sedar. Muslimah. Mereka masih belum sedar bahawa mereka ialah muslimah. Jika di sekolah, perkara ini tak jemu - jemu ditekankan. Apabila mata saya tertancap pada sebatang tubuh yang saya sifatkan tidak lengkap berpakaian. Apa nama bajunya saya pun tidak tahu, kerana saya tidak pernah memakai atau mempunyai baju serupa itu. Kemudian, seluarnya seperti biasa, agak melekat di kulit, menampakkan batang kaki. Tudungnya pula, sudahlah jarang, diangkat singkat berada di atas dada. Ah, sakit mata!
Rasullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan - perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
Perihal tuntutan ke atas seorang muslimah menjaga kehormatan telah dijelaskan oleh Allah dengan panjang lebar melalui surah An Nur, ayat 31. Tapi, hanya sedikit sahaja yang saya ambil daripada ayat tersebut.
"............ Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) ..............."
Rasulullah sebelum wafatnya, terlebih dahulu menyatakan bahawa siapa yang berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnahnya, maka tidak ada yang akan sesat. Barangkali mungkin Al - Quran itu sekadar menjadi kewajipan pada pagi hari, beramai - ramai membacanya di dewan sekolah. Kemudian, tutup. Esoknya pula dibuka kembali. Sungguh, lemahnya kita.
Saya lebih mengarahkan apa yang saya luahkan ini buat para penghuni bumi wakaf kesayangan saya. Tidak melekat lagikah didikan agama yang telah ditumpahkan ke atasmu? Atau hanya jasadmu berada di situ, tetapi rohmu sendiri melayang entah ke mana, mencari dunia luar yang penuh dusta, lalu meninggalkan dunia yang sepatutnya kau berada, menadah ilmu? Inilah yang menjadi punca kegagalan dalam memahami, iaitu apabila tiada kesedaran. Bukan seorang, bukan dua orang, bukan juga sepuluh orang, ramai juga. Itu satu. Bab pakaian juga masih belum selesai menyesakkan dada. Timbul pula al-kisah insan yang masih belum sedar dirinya itu sudahlah masih ditanggung oleh ibu bapa, dengan tanpa rasa sedikit risau mahupun bersalah, sesuka hati melebarkan diri sendiri ke alam yang disifatkannya sebagai alam yang indah untuk menuturkan kata - kata cinta buat insan yang bernama lelaki. Aduh, sedarlah diri itu muslimah. Apakah itu riwayat hidup seorang muslimah? Itukah cinta yang sebenarnya? Sanggup menjatuhkan diri, bermegah - megah di saat dirinya di samping lelaki yang belum pasti akan menjadi hak miliknya. Ah, dunia! Bisa saja manusia buta kerananya. Saya saksikan dengan dua mata anugerah Allah ini, tegarnya mereka merendahkan maruah diri, berdua - duaan di taman yang menjadi tempat saya lalu lalang itu. Rasulullah bersabda lagi,
Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua - duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim.
Cinta. Sayang seribu kali sayang, cinta yang suci itu mereka salah tafsirkan. Berebutlah untuk mencari cinta Allah. Berlumba-lumbalah agar diberi kesempatan untuk merasa kemanisan cinta yang sebenar apabila diri bersandarkan sepenuhnya kepada Allah, mengharap cintanya.
Belum cukup dengan itu, banyak lagi. Perit untuk diceritakan. Cukup aib. Sampai bila lagi agaknya kesedaran itu ingin timbul. Sudah disuap, tidak mahu menelan pula. Siapa yang ingin menelan jika bukan diri sendiri? Itulah realitinya. Semoga Allah masih menjaga diri setiap daripada kita daripada sebarang bencana mahupun kesesatan.
Hidup ini sementara. Belajarlah untuk menjadi hamba yang sebenar-benarnya. Redha Allah adalah segalanya.

Sunday, December 20, 2009

1431 H - Saya bersedia

Bismillahhirrahmanirahim... Dengan nama Allah yang tiada sebarang kecacatan baginya, saya mula menari-narikan jari jemari untuk mengukir sedikit rasa hati. Wah, sudah lama tidak menulis. Pelbagai tuntutan dan keutamaan yang perlu dilangsaikan, ditambah pula dengan tiada kekuatan untuk mencoret kata di sini, saya berhenti buat seketika. Seketika? Rasanya lama jugak.. Hari ini 3 Muharram 1431 Hijrah. Terasa kerdil pula diri ini apabila mengenangkan kerugian yang dicpta diri sendiri. Apalah yang telah saya lakukan sepanjang tahun - tahun lepas? Kerugian? Atau manfaat? Yang pastinya, harapan tinggi menggunung, agar Allah meredhai apa sahaja yang dilakukan. Sisa cuti sudah semakin menipis. Tidak berapa lama saja lagi, maka sesi cuti ini bakal melabuhkan tirainya. Tiba- tiba terasa sesak di dada. Saya seperti bisa membayangkan satu cabaran yang sangat getir menanti saya di hadapan. Juga saya seolah mengerti akan keadaan yang bakal ditempuh, dengan amanah yang rasanya akan semakin melebar dan semakin memberat yang bakal menghuni bahu lemah ini. Hanya Allah yang tahu segalanya. Jika bercakap soal amanah, saya jadi takut. Memandangkan saya sudah melalui pelbagai getir menadah amanah yang seperti tidak tertanggung rasanya. Apa - apa jua takdir yang menimpa saya, saya percaya itulah yang terbaik buat saya. Al Quran dijadikan sebagai buktinya. Allah tidak akan membebankan saya dengan ujian dan amanah yang tidak tertanggung oleh saya. Maka, saya bersedia menanti, ke mana hala tuju saya selepas ini, apa yang bakal saya hadapi, saya hanya berserah.


==Jika mandat itu kembali, saya tadah jua. Jika yang lebih besar mendatang, saya terima saja. Semoga Allah kurniakan saya kekuatan.