Sunday, December 20, 2009

1431 H - Saya bersedia

Bismillahhirrahmanirahim... Dengan nama Allah yang tiada sebarang kecacatan baginya, saya mula menari-narikan jari jemari untuk mengukir sedikit rasa hati. Wah, sudah lama tidak menulis. Pelbagai tuntutan dan keutamaan yang perlu dilangsaikan, ditambah pula dengan tiada kekuatan untuk mencoret kata di sini, saya berhenti buat seketika. Seketika? Rasanya lama jugak.. Hari ini 3 Muharram 1431 Hijrah. Terasa kerdil pula diri ini apabila mengenangkan kerugian yang dicpta diri sendiri. Apalah yang telah saya lakukan sepanjang tahun - tahun lepas? Kerugian? Atau manfaat? Yang pastinya, harapan tinggi menggunung, agar Allah meredhai apa sahaja yang dilakukan. Sisa cuti sudah semakin menipis. Tidak berapa lama saja lagi, maka sesi cuti ini bakal melabuhkan tirainya. Tiba- tiba terasa sesak di dada. Saya seperti bisa membayangkan satu cabaran yang sangat getir menanti saya di hadapan. Juga saya seolah mengerti akan keadaan yang bakal ditempuh, dengan amanah yang rasanya akan semakin melebar dan semakin memberat yang bakal menghuni bahu lemah ini. Hanya Allah yang tahu segalanya. Jika bercakap soal amanah, saya jadi takut. Memandangkan saya sudah melalui pelbagai getir menadah amanah yang seperti tidak tertanggung rasanya. Apa - apa jua takdir yang menimpa saya, saya percaya itulah yang terbaik buat saya. Al Quran dijadikan sebagai buktinya. Allah tidak akan membebankan saya dengan ujian dan amanah yang tidak tertanggung oleh saya. Maka, saya bersedia menanti, ke mana hala tuju saya selepas ini, apa yang bakal saya hadapi, saya hanya berserah.


==Jika mandat itu kembali, saya tadah jua. Jika yang lebih besar mendatang, saya terima saja. Semoga Allah kurniakan saya kekuatan.

2 comments:

Nawwar said...

sabarlah atas sesuatu dan yakinlah dgn firman Allah, "setiap apa perkara yang terjadi kpd kita adalah telah tertulis dlm Lauh Mahfuz, seblum perkara itu terjadi lagi.."[tak ingat surah mana dn ayat brapa, tp sya pasti kalam ini ada]

p/s:
=) chantek blog's tmplate..hihii^^

Jundullah said...
This comment has been removed by the author.