Friday, March 5, 2010

Allah itu Maha Berkuasa. Saya sudah tahu.

Bismillahirahmanirrahim.

Saya layangkan jari - jemari ini dengan beribu perasaan yang bercampur - baur. Saya rasa sekarang apa yang biasa dirasa oleh insan - insan lain. Saya selalu berkata,

" Ah, buang masa saja kalian menyimpan perasaan itu."

" Buat apa seksa diri, fikir tentang perkara - perkara yang tak memberi makna tu?"

Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak merasa. Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak meletakkan diri saya pada tempat orang itu. Tidak pernah saya selami hati mereka, mungkin. Maafkan saya, kerana lancang berbicara sebelum saya benar - benar memahami hati - hati mereka. Maaf.



Dalam masa seminggu, hati saya begitu diruntun dek perasaan yang entah apa - apa. Diri saya cukup terkesan dengan apa yang berlaku. Ah, silap saya. Begitu melayan hati yang lara, sehingga diri sendiri terabai, Izzati, salahkan diri sendiri. Izzati, kuat! Jangan ulang lagi apa yang kamu lakukan. Sukar untuk saya nyatakan kesan - kesannya. Cukup banyak. Dan bukan mudah untuk saya menghakis.



Dan. Apabila sesuatu itu telah berlaku, saya bagai dilanda dilema. Oh, izzati, mengapa kamu mesti dalam dilema? Tidakkah kamu tahu tentang pendirian kamu selama ini? Ya, pendirian kamu. Seharusnya kamu tidak perlu merasa ragu - ragu. Teruskan saya dengan pendirian kamu. Jauhkan hati dan fikiran kamu daripada perkara - perkara itu. Ya, saya cuba untuk jauhkan hati dan fikiran saya daripada semua itu! Uh, sukar.



Dan. Hari ini Allah telah menunjukkan sesuatu kepada saya. Allah Taala itu tahu benar tentang hati hambaNya. Allah itu tahu benar keinginan hambaNya. Maka, Allah telah menggerakkan saya untuk mencari dan akhirnya terjumpa sesuatu. Dan, nampaknya saya tidak perlu dilema lagi selepas ini. Saya tidak perlu lagi ragu - ragu. Saya tidak perlu lagi rasa bersalah tentang perkara yang tidak sepatutnya. Semuanya bagai cahaya angkasa yang terang menerangi bumi. Kamu sudah tahu, kan Izzati?



Dan. Kepada 'mereka' yang berkenaan. Sudahlah. Kamu tidak perlu lagi cuba untuk bermanis lidah dengan saya. Saya tidak sesekali termakan dek kemanisan kata - kata kamu itu. Manis pada zahir, hakikatnya pahit. Sangat pahit. Usah laungkan lagi cita - cita kamu itu pada saya. Saya tidak akan pernah peduli walau permata sekalipun yang keluar dari mulut kamu. Muktamad. Usah tunjukkan kebaikan kamu sedangkan kamu hanya alim - alim kucing. Allah Maha Tahu segala - galanya. Dan hari ini Allah telah menunjukkan kekuasaannya.

Jelas buat saya. Allah masih pelihara saya, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Hanya pada Allah jiwa saya taruhkan. Bukan pada yang tidak sepatutnya. Nauzubillahi min zaalik.

Allah, kuatkanlah hati dan jiwa hamba ini agar hati dan jiwa hamba ini hanya berpaut padaMu. Teguhkanlah kepercayaan hamba ini hanya padaMu. Tunjukkanlah kekuasaanMu selalu agar hamba ini menjadi insan yang sukar untuk lalai. Semoga hamba sukar menapak ke jalan kemungkaran. Amin.

2 comments:

Nawwar said...

uhh nampak cam kronik..
apalah sangat benda2 cam tu kan kalu nak bandingkan matlamat kita sbnar dlm berjihad + hidup ni..
(nsihat,, tapi diri sniri pun tak terlepas) aduh :]

sguh lawak hidup ini kan?

Jundullah said...

eh.x lah kronik sgt..biasa saja~ et,kamu..apa yg saya kata ni bkn lah brkaitan dgn bnda tu ja..[tp ya jgk..huu]yg lain2 pun bersangkutan jgk..huhu..*x tau la kamu phm ka dak apa sy kata nii..huhu*

bkn stkt lawak. tak terjangka jgk kdg2 tuu..huhu