Tuesday, August 17, 2010

Setelah 5 Purnama

Dengan nama Allah yang sentiasa sudi mengatur nikmat buat hambanya di muka bumi, saya mulakan kalimah. Jari - jemariku sudah kembali bisa menari - nari di sini setelah sekian 5 purnama sepi menyendiri. Namun begitu hakikat hayat hidupku ini tidak pernah berhenti berkisah dan bercerita. Mengingatkan kembali pesanan seorang teman, "Zati, please update your blog!" Saya hanya mampu berkata, "Yeah. Nanti lahh.." Ternyata banyak benar yang sudah berlaku. Sudah bermacam benar perkara kusua. Semuanya mematangkan . Alhamudulillah. Allah izinkan hati ini terbuka untuk berfikir tentang hikmah yang ingin dihadiahkan kepada saya di sebalik apa yang berlaku kepada saya. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Kisah sedih saya yang dari awal tahun meruntun hati saya sudah ketepikan. Saya sudah buang masa saya dengan memikirkan soal yang tidak patut. Bersedih yang melampau-lampau. Menangis yang tidak pernah henti. Itu menyeksa diri namanya. Hakikatnya waktu - waktu yang saya alami itu adalah waktu di mana saya sudah terlampau sedih. Terlampau kecewa. Sehingga setiap perkara yang saya lakukan hati saya berkata "Semua harus perfect. Jangan ada yang salah!" Lalu apabila kesempurnaan itu tidak didapati, dan kegagalan yang mendatangi, hati mula menyalahkan diri. Hati mula dirundung kecewa yang dalam, walalu hakikatnya salah dan silap yang kecil saja. Akhirnya diri saya sudah mula mahu menerima hakikat. Hakikat itu. Hakikat hayat hidup saya yang saya sendiri sahaja yang tahu. Dan Allah pastinya. Tidak sedar ketika itu bahawa sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Astaghfirullah.. Akibat terlampau mengikut hati. Habis semuanya parah dan musnah. Saya sedih seorang diri. Saya menangis seorang diri. Zahirnya saya cukup ceria. Tiada siapa tahu batin saya cukup derita. Derita. Ya, derita yang saya ciptakan sendiri. Maka kerana tidak mahu lagi menadah derita, jadi saya cuba untuk bangun. Bangun. Bangun dari kekecewaan dan kesedihan mendalam yang cukup lama bersarang di hati. Ya. Akhirnya saya bangun. Mencuba untuk membina jiwa baru yang cekal. Alhamdulillah. Allah masih beri saya ketabahan. Ahh. Sukar untuk saya kenang kisah lalu. Sukar untuk saya kenang kekecewaan dan kesedihan yang dulu. Takut air mata merembes lagi. Cukuplah dengan itu saya menanggung rasa. Pesan mak saya ingat sentiasa, "Jangan diikut hati. Biar apa orang kata. Kamu perlu fikirkan diri kamu. Jangan susahkan diri kamu dengan perasaan yang sia-sia." Syukur saya masih punya mak yang meamahami hati saya.

Itu kisah duka kerana kekecewaan yang amat. Itu satu kisah. Banyak lagi kisah yang menghuni diri. Membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu kuat dan tabah. Tabah yang bukan hanya dibibir, tetapi tabah yang sebenar-benar tabah.


Pengubat jiwa. Saya sudah berpeluang bersemuka dengan penulis yang saya kagumi. Julai lepas. Beliau muncul di hadapan saya. Terima kasih buat sahabat terdekat saya, yang paling memahami dan benar-benar tahu isi hati saya. Dia tahu saya kagum dengan siapa. Dia tahu apa saya nak. Dia tahu apa yang saya idam-idamkan. Maka dia telah mengajak saya. "Jom. Ahad ni. Nak pi tak?" Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Apa tunggu lagi. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Haha. Sudahlah berpeluang ke tempat kenangan yang biasa menjadi igauan saya. Kebetulan, pelancaran buku penulis tersebut di situ. Ahh, memang kena benar. Saya juga sudah rindu benar dengan tempat kenangan itu, dan pada hari itu saya jejaki lagi, untuk bertemu dengan manusia yang dikagumi. MasyaAllah. Allah mengaturkan segalanya. Indah. Saya ingat lagi, saya orang pertama sampai di meja autograf. Hehe. Saya bawa buku beliau yang sudah saya beli tahun lepas untuk ditandatangani. Saya belum bersedia dengan duit yang cukup untuk membeli buku terbaru beliau. Maka buku itu saya ingin gunakan untuk beliau coretkan autograf di situ. Kemudia, saya dengar pengerusi majlis kata, "Para hadirin boleh membeli buku-buku terbaru saudara Hilal dan sekaligus mendapatkan tandatangan." Lalu saya fikir, "Oh, kalau tak beli buku, tak dapat autograf kah?" Saya terus mencuba nasib.
"Maaf. Saya tak beli buku. Tapi saya nak autograf. Di sini saja, di buku yang saya sudah beli."
"Ohh. Tak ada masalah. Meh sini.. Diorang tu acah je tadi tuu. Hmm, apa nama?"
"Nur Izzati"

Maka ditulislah di situ.."Istimewa buat Nur Izzati. Jadikan iman sebagai paksi"

MasyaAllah. Teruja. Tiada siapa akan faham mengapa saya mengagumi beliau. Kalian tidak mengikuti secara berterusan hasil tulisan beliau, kerana itu kalian takkan faham. Saya faham kerana kenapa saya kagum dengan beliau kerana saya mengikut tulisannya secara terus. Siapa sangka, sasterawan negara, Pak Samad (A. Samad Said) juga memuji.

Karya beliau ialah karya Islami tulen yang belum pernah diketengahkan mana-mana penulis sebelum ini.

Usah pertikai jika kalian sendiri masih belum menyentuh isi - isi bukunya. Usah pertikai jika kalian bukan pengikut setia web sitenya. Usah pertikai.


Itu kisah pengubat jiwa. Ada juga kisah yang mengacau jiwa. Aduhh. Saya tidak mahu bercerita tentang ini. Apa yang saya ingin kongsi ialah tentang ayat Allah.

Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisinya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). [Ar Ra'd: ayat 39]

Hati saya belum layak untuk merasai perkara - perkara itu. Hanya Allah yang harus dan wajib bertakhta di hati.







3 comments:

Nawwar said...

uhibbuki fillah
kerana kmu ingatkan saya ttg manisnya hidup bergantung pada Allah

:) sya suka entry nih *like

dan saya tahu dia hebat, penulis itu :), dan orang2 lain pun hebat..

tapi Allah lagi hebat utk kita kan :D

Jundullah said...

uhibbuki fillah aidhan.
ohh. tak sangka pulak ada yg like. tulis gitu2 saja. syukran2.
ya, saya tau org lain hebat jugak. tapi setiap drpada kita ada pndapat dan kekaguman masing2.
manusia hebat tu dtg dari dari mana? Allah jugak yg cipta. maka nyata lah Allah paling hebat. :)

semoga dijaga hati kita~

Nawwar said...

:)