Malam ini rasa ingin kembali ke medan penulisan blog yang sudah lama tidak saya jadikannya sebagai keutamaan. Hanya seringkas cuma. Sengaja blog dibiarkan sepi, kerana sedang membilang waktu yang kian kecil jumlahnya. Oh. SPM. Sesiapa saja yang bakal berhadapan dengannya merasai apa yang dirasa oleh saya. Hari ini Ustazah Aizat 'merehatkan otak' kami dengan tazkirah perihal bencana yang menimpa. Buatkan semua sedar, apa yang sedang dikejar oleh kami ini, jika tidak ditujukan matlamatnya pada perkara yang sepatutnya, maka rugilah, kerana sesungguhnya syurga itu yang harus dikejar oleh kita semua. Oleh itu, biar apa pun yang dikejar, hatta SPM ini, harus diletakkan matlamat kejayaan itu untuk perkara yang sepatutnya, iaitu untuk redha Allah.
Tinta ku layarkan penuh cinta..Agar hati yang malap kembali bercahaya..Dakwatku tidak sehitam dakwat mereka..yang kekal utuh memamah jiwa- jiwa..Namun aku punya cita yang sama..Untuk menggapai redha Pencipta.
Tuesday, November 9, 2010
Membilang waktu.
Posted by zati kay at 7:59 PM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
Setelah 5 Purnama
Posted by zati kay at 6:16 PM 3 comments
Friday, March 5, 2010
Allah itu Maha Berkuasa. Saya sudah tahu.
Bismillahirahmanirrahim.
Saya layangkan jari - jemari ini dengan beribu perasaan yang bercampur - baur. Saya rasa sekarang apa yang biasa dirasa oleh insan - insan lain. Saya selalu berkata,
" Ah, buang masa saja kalian menyimpan perasaan itu."
" Buat apa seksa diri, fikir tentang perkara - perkara yang tak memberi makna tu?"
Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak merasa. Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak meletakkan diri saya pada tempat orang itu. Tidak pernah saya selami hati mereka, mungkin. Maafkan saya, kerana lancang berbicara sebelum saya benar - benar memahami hati - hati mereka. Maaf.
Dalam masa seminggu, hati saya begitu diruntun dek perasaan yang entah apa - apa. Diri saya cukup terkesan dengan apa yang berlaku. Ah, silap saya. Begitu melayan hati yang lara, sehingga diri sendiri terabai, Izzati, salahkan diri sendiri. Izzati, kuat! Jangan ulang lagi apa yang kamu lakukan. Sukar untuk saya nyatakan kesan - kesannya. Cukup banyak. Dan bukan mudah untuk saya menghakis.
Dan. Apabila sesuatu itu telah berlaku, saya bagai dilanda dilema. Oh, izzati, mengapa kamu mesti dalam dilema? Tidakkah kamu tahu tentang pendirian kamu selama ini? Ya, pendirian kamu. Seharusnya kamu tidak perlu merasa ragu - ragu. Teruskan saya dengan pendirian kamu. Jauhkan hati dan fikiran kamu daripada perkara - perkara itu. Ya, saya cuba untuk jauhkan hati dan fikiran saya daripada semua itu! Uh, sukar.
Dan. Hari ini Allah telah menunjukkan sesuatu kepada saya. Allah Taala itu tahu benar tentang hati hambaNya. Allah itu tahu benar keinginan hambaNya. Maka, Allah telah menggerakkan saya untuk mencari dan akhirnya terjumpa sesuatu. Dan, nampaknya saya tidak perlu dilema lagi selepas ini. Saya tidak perlu lagi ragu - ragu. Saya tidak perlu lagi rasa bersalah tentang perkara yang tidak sepatutnya. Semuanya bagai cahaya angkasa yang terang menerangi bumi. Kamu sudah tahu, kan Izzati?
Dan. Kepada 'mereka' yang berkenaan. Sudahlah. Kamu tidak perlu lagi cuba untuk bermanis lidah dengan saya. Saya tidak sesekali termakan dek kemanisan kata - kata kamu itu. Manis pada zahir, hakikatnya pahit. Sangat pahit. Usah laungkan lagi cita - cita kamu itu pada saya. Saya tidak akan pernah peduli walau permata sekalipun yang keluar dari mulut kamu. Muktamad. Usah tunjukkan kebaikan kamu sedangkan kamu hanya alim - alim kucing. Allah Maha Tahu segala - galanya. Dan hari ini Allah telah menunjukkan kekuasaannya.
Jelas buat saya. Allah masih pelihara saya, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.
Hanya pada Allah jiwa saya taruhkan. Bukan pada yang tidak sepatutnya. Nauzubillahi min zaalik.
Allah, kuatkanlah hati dan jiwa hamba ini agar hati dan jiwa hamba ini hanya berpaut padaMu. Teguhkanlah kepercayaan hamba ini hanya padaMu. Tunjukkanlah kekuasaanMu selalu agar hamba ini menjadi insan yang sukar untuk lalai. Semoga hamba sukar menapak ke jalan kemungkaran. Amin.
Posted by zati kay at 11:16 PM 2 comments
Wednesday, February 17, 2010
Bersyukur
Tiba masa apa? Tiba masa yang saya telah jangkakan sebelum ini. Dihentam dek sesuatu ke atas badan saya. Kenyataan saya di facebook sebelum ini.
" Saya tak kisah dengan lidahnya yang tajam. Jika disembur, saya akan dengar, dengar, dan dengar. Paling tidak, rasa sebak saja. Kemudian, balik, dan usaha untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi supaya tidak lagi dicucuk lidah yang tajam. Tetapi, saya harap lengan saya tidak dihinggap buku atau apa - apa saja, serta kepala saya tidak ditolak - tolak. (antara perkara yang saya takut)==Saya bersedia untuk esok= "
Hakikatnya, tiada apa yang tidak baik berlaku berkaitan apa yang saya risaukan buat masa sekarang. Hari pertama, selamat. Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segalanya. Hari kedua @ terakhir menyaksikan perkara yang saya takutkan berlaku.
Bersyukur.
Bersyukur kerana saya tahu apa salah saya. Bersyukur kerana hukuman itu menyedarkan saya dari kelalaian. Bersyukur kerana saya sudah tahu bahawa setiap perkara harus diteliti dengan sebenar - benar penelitian. Bersyukur kerana ada insan yang mengambil berat tentang saya. Terima kasih.
Kuat.
Semoga saya terus kuat menadah segala amanah. Semoga saya terus kuat menimba ilmu sebanyak - banyaknya. Semoga saya kuat menatang dugaan. Hakikat hayat seorang mukmin itu bukanlah mudah berputus asa. Oleh sebab itulah saya mesti kuat.!
Posted by zati kay at 12:22 AM 2 comments
Sunday, February 7, 2010
Kelabu.
Kenapa?
Kenapa dia? Entah. Terpampang jelas apa yang dia rasa ketika ini. Katanya, "saya sedang mencari semula sinar iman yang dirasakan semakin tandus sepanjang perjalanan saya di luar." Tahulah kamu, saya juga sama. Dan kamu. Saya tidak tahu apa yang harus diungkap tentang kamu.
Allah, tuhanku. Bantulah aku mencari sinar sebenar. Yang bakal membahagiakan hayatku. Saya dan kamu. Hanya ini sahaja yang menyatukan hati - hati kita, untuk terus di jalan hakiki. Dan kamu. Saya mengharapkan sesuatu pada suatu hari yang belum pasti. Mungkin.
Posted by zati kay at 10:08 AM 0 comments
Wednesday, February 3, 2010
Saya dan saya
Posted by zati kay at 8:00 PM 0 comments
Sunday, January 31, 2010
Esok 1 Februari
Hari - hari saya lalui seperti biasa. Sungguh sibuk. Dengan kerja sekolah, kerja rumah(berkaitan dengan kerja - kerja perempuan) kemudian tugas - tugas lain lagi yang tidak kurang pentingnya.
Dan esok 1 Februari. Ada apa dengan satu Februari? Ini bermakna, Januari melabuhkan tirainya tanpa kerelaan hati saya. Oh Januari.. Kenapa begitu pantas sekali kau pergi. Sempat pula kau mengucapkan selamat tinggal. Ya. Selamat tinggal Januari. Januari yang penuh dengan perkara - perkara baru yang belum pernah saya hadapi sebelum ini. Sungguh, baru bulan pertama di sekolah pada tahun ini, sudah beberapa titis air mata saya tumpahkan. Begitu juga kawan - kawan. Teringat pulak kata - kata seorang kawan, Farhana. "Hmm,, 'negara' ni banyak buat orang menangis tahun ni" (perkataan negara bukan perkataan sebenar) Walaupun begitu, syukur saya panjatkan kerana Allah memberi saya peluang untuk merasai pahitnya laluan - laluan ini. Sungguh pahit. Buat kawan - kawan, semoga segala pengalaman yang kita lalui dalam satu bulan ini cukup memberi kesan atas diri kita agar setiap daripada kita terus matang mengahadapi cabaran yang lebih besar pastinya. Dan Februari yang bakal dilalui, pastinya saya mengharapakan yang lebih baik ke atas diri saya. Usaha saya perlu lebih baik. Kerja saya perlu lebih baik. Amanah yang diletakkan ke atas bahu saya perlu saya tunaikan dengan lebih baik. Solat saya seharusnya lebih baik. Bacaa al-quran seharusnya lebih baik. Hafazan saya harusnya lebih baik. Semuanya harus lebih baik. Saya harus lebih tabah. Teringat lagi kata - kata Cikgu Aishah "Orang yang excellent tak akan kisah dengan rasa penat. Biar awak penat dari sekarang." Ya. Saya penat. Tapi saya harus abaikan saja penat itu, asalkan saya dapat lakukan yang lebih baik untuk kehidupan saya. Ah, sukar diucapkan. Perasaan yang bercampur baur. Lega, lapang, takut, risau, sedih dan macam - macam lagi. Sungguh, semakin saya lanjut usia, semakin banyak yang saya pelajari. Penat dan lelah harus saya jadikan sebagai asam dan garam untuk lebih menyedapkan hidup saya, bukannya sebagai perosak hidup saya. Ya, Jadikan sebagai penyedap hidup. Brusaha dengan lebih giat. Usah hirau penat. Ah, mampukah saya? Semoga Allah membantu dan memudahkan segala urusan hidup seharian saya. Amin.
Posted by zati kay at 7:33 PM 2 comments
Jumlah Yang Menjenguk :)
Umpama Pedang
Hamba Ilahi
- zati kay
- =Nur Izzati bt Khairuddin= cahaya kemuliaanku penyuluh sanubari..semoga cahaya ini terus bercahaya agar diriku semulia Khadijah, sepintar Aisyah dan sesetia Ainul Mardhiah menunggu para syuhada di pintu syurga..
Hiwar
Jom Cuci Jiwa. ;)
Pengikut
Ikutan :)
-
it is okay, trust Allah5 weeks ago
-
Tutor Kimia area Perlis7 years ago
-
The Cry of the Owl 20098 years ago
-
Seattle I9 years ago
-
-
-
-
Koran by Heart13 years ago
-
-
dis morning13 years ago
-
-
-
-