Maka dengan apa sekalipun caranya, saya terasa ampuh untuk menepis semuanya. Yang seringkali datang bertimpa-timpa. Dugaan itu datangnya tidak pernah mengenal manusia. Dugaan itu datangnya tidak pernah tahu apa kondisi manusia. Cuma yang pastinya Allah berikan ujian itu semampu yang boleh untuk ditanggung oleh manusia. Siapa kata saya tidak pernah merasakan ketidaksanggupan untuk menadah semua ini? Siapa kata saya tidak pernah sakit dengan semua ini? Kesakitan itulah yang mengajar saya. Setelah melalui segala kesakitan, maka saya tahu apa itu KEHIDUPAN. Kalian tahu apa itu KEHIDUPAN? Usah mengaku kalian benar-benar tahu apa itu KEHIDUPAN andaikata kalian belum melalui kesakitan sepanjang kalian bernafas. Saya menanti dan terus menanti. Menanti dengan sabar. Menanti apa yang ingin Allah tunjukkan buat saya. Dalam sesakan nafas, lafaz di bibir tidak pernah berhenti. Sabar, kuat, tabah. Semua itu lafaz yang tidak pernah terhenti dari bibir. Perjalanan ini panjang. Dan tangisan tidak pernah mengkhianati saya. Tangisan ternyata sahabat akrab yang tidak pernah pergi meninggalkan saya. Air mata seringkali buat saya rasa kuat. Air mata juga seringkali buat saya rasa puas. Walau kadangkala saya terpaksa mengalirkannya di hadapan khalayak. Menjadi pelakon air mata bukanlah sesuatu yang memalukan lagi bagi saya, walau kadangkala terasa tidak patut untuk melakukannya. 2010. Angka yang bermakna buat saya. Angka yang perit, juga angka yang membawa kemanisan. Jika disebut 2010, saya akan kata, "2010 itu SAKIT", "2010 itu UJIAN", "2010 itu PERIT", "2010 itu PENGALAMAN". Biar apa pun perkataannya, yang pasti saya tidak akan pernah lupa intipati 2010. Tahun ini tahun saya merasai serba macam perkara. Ini tahun bermakna. Tahun di mana air mata tidak pernah mengkhianati saya. Tahun di mana saya belajar untuk menjadi manusia kuat dan tabah. Tahun di mana saya beroleh pengalaman hebat. Ya, sangat hebat! 2010. Mana mungkin saya lupa. Mengajar saya KEHIDUPAN setelah 17 tahun bernafas di muka bumi ini. Buat insan-insan yang sentiasa di sisi saat saya berasa tempang, terima kasih banyak-banyak kerana kalianlah perantaraan yang memberikan kekuatan tatkala diri ini terasa lemah. Kalian benar-benar lekat dalam hati saya. Semoga redha Allah sentiasa bersama kalian. Juga buat sahabat handai yang sentiasa memberi tunjuk ajar, sahabat yang sama-sama bekerja dalam organisasi, saya menghargai segala pertolongan yang telah kalian curahkan. Semoga sifat kalian ini diteruskan. Buat sahabat-sahabat STB, terima kasih kerana masih mengingati saya hingga ke hari ini. Sahabat-sahabat SMKAP, kalian suka buat saya ketawa. Kalian suka buat saya hilang gundah. Kalian benar-benar buat saya rasa indah apabila bersama. Terima kasih banyak-banyak! Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Seterusnya, sesiapa sahaja yang mengenali, terima kasih kerana sudi menjalin hubungan persahabatan dengan saya. Semoga ikatan ini diredhaiNya. Akhir kata, semoga 2010 ini memberi pengalaman berharga, mencungkil kekuatan, menerapkan ketabahan, juga menanam semangat yang jitu buat setiap daripada kita untuk terus menempuh KEHIDUPAN di lain tahun. Biar siapa pun kita, biar di mana pun kita, biar dari mana asal kita, ayuhlah terus tetap di jalan yang benar. Jalan menuju kasih abadi, kasih Ilahi. Semoga segala yang dilakukan itu sentiasa mendapat keredhaannya. Sesungguhnya, mardhatillah itu tidak dapat dibeli dek amal yang serba biasa. Seorang hamba hina, Nur Izzati Khairuddin, ex-SMKAPK, '06-'10 :)
Tinta ku layarkan penuh cinta..Agar hati yang malap kembali bercahaya..Dakwatku tidak sehitam dakwat mereka..yang kekal utuh memamah jiwa- jiwa..Namun aku punya cita yang sama..Untuk menggapai redha Pencipta.
Saturday, January 1, 2011
Nukilan Akhir 2010 :)
Posted by zati kay at 12:49 AM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
Membilang waktu.
Malam ini rasa ingin kembali ke medan penulisan blog yang sudah lama tidak saya jadikannya sebagai keutamaan. Hanya seringkas cuma. Sengaja blog dibiarkan sepi, kerana sedang membilang waktu yang kian kecil jumlahnya. Oh. SPM. Sesiapa saja yang bakal berhadapan dengannya merasai apa yang dirasa oleh saya. Hari ini Ustazah Aizat 'merehatkan otak' kami dengan tazkirah perihal bencana yang menimpa. Buatkan semua sedar, apa yang sedang dikejar oleh kami ini, jika tidak ditujukan matlamatnya pada perkara yang sepatutnya, maka rugilah, kerana sesungguhnya syurga itu yang harus dikejar oleh kita semua. Oleh itu, biar apa pun yang dikejar, hatta SPM ini, harus diletakkan matlamat kejayaan itu untuk perkara yang sepatutnya, iaitu untuk redha Allah.
Posted by zati kay at 7:59 PM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
Setelah 5 Purnama
Posted by zati kay at 6:16 PM 3 comments
Friday, March 5, 2010
Allah itu Maha Berkuasa. Saya sudah tahu.
Bismillahirahmanirrahim.
Saya layangkan jari - jemari ini dengan beribu perasaan yang bercampur - baur. Saya rasa sekarang apa yang biasa dirasa oleh insan - insan lain. Saya selalu berkata,
" Ah, buang masa saja kalian menyimpan perasaan itu."
" Buat apa seksa diri, fikir tentang perkara - perkara yang tak memberi makna tu?"
Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak merasa. Mudah saja saya cakap, kerana saya tidak meletakkan diri saya pada tempat orang itu. Tidak pernah saya selami hati mereka, mungkin. Maafkan saya, kerana lancang berbicara sebelum saya benar - benar memahami hati - hati mereka. Maaf.
Dalam masa seminggu, hati saya begitu diruntun dek perasaan yang entah apa - apa. Diri saya cukup terkesan dengan apa yang berlaku. Ah, silap saya. Begitu melayan hati yang lara, sehingga diri sendiri terabai, Izzati, salahkan diri sendiri. Izzati, kuat! Jangan ulang lagi apa yang kamu lakukan. Sukar untuk saya nyatakan kesan - kesannya. Cukup banyak. Dan bukan mudah untuk saya menghakis.
Dan. Apabila sesuatu itu telah berlaku, saya bagai dilanda dilema. Oh, izzati, mengapa kamu mesti dalam dilema? Tidakkah kamu tahu tentang pendirian kamu selama ini? Ya, pendirian kamu. Seharusnya kamu tidak perlu merasa ragu - ragu. Teruskan saya dengan pendirian kamu. Jauhkan hati dan fikiran kamu daripada perkara - perkara itu. Ya, saya cuba untuk jauhkan hati dan fikiran saya daripada semua itu! Uh, sukar.
Dan. Hari ini Allah telah menunjukkan sesuatu kepada saya. Allah Taala itu tahu benar tentang hati hambaNya. Allah itu tahu benar keinginan hambaNya. Maka, Allah telah menggerakkan saya untuk mencari dan akhirnya terjumpa sesuatu. Dan, nampaknya saya tidak perlu dilema lagi selepas ini. Saya tidak perlu lagi ragu - ragu. Saya tidak perlu lagi rasa bersalah tentang perkara yang tidak sepatutnya. Semuanya bagai cahaya angkasa yang terang menerangi bumi. Kamu sudah tahu, kan Izzati?
Dan. Kepada 'mereka' yang berkenaan. Sudahlah. Kamu tidak perlu lagi cuba untuk bermanis lidah dengan saya. Saya tidak sesekali termakan dek kemanisan kata - kata kamu itu. Manis pada zahir, hakikatnya pahit. Sangat pahit. Usah laungkan lagi cita - cita kamu itu pada saya. Saya tidak akan pernah peduli walau permata sekalipun yang keluar dari mulut kamu. Muktamad. Usah tunjukkan kebaikan kamu sedangkan kamu hanya alim - alim kucing. Allah Maha Tahu segala - galanya. Dan hari ini Allah telah menunjukkan kekuasaannya.
Jelas buat saya. Allah masih pelihara saya, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.
Hanya pada Allah jiwa saya taruhkan. Bukan pada yang tidak sepatutnya. Nauzubillahi min zaalik.
Allah, kuatkanlah hati dan jiwa hamba ini agar hati dan jiwa hamba ini hanya berpaut padaMu. Teguhkanlah kepercayaan hamba ini hanya padaMu. Tunjukkanlah kekuasaanMu selalu agar hamba ini menjadi insan yang sukar untuk lalai. Semoga hamba sukar menapak ke jalan kemungkaran. Amin.
Posted by zati kay at 11:16 PM 2 comments
Wednesday, February 17, 2010
Bersyukur
Tiba masa apa? Tiba masa yang saya telah jangkakan sebelum ini. Dihentam dek sesuatu ke atas badan saya. Kenyataan saya di facebook sebelum ini.
" Saya tak kisah dengan lidahnya yang tajam. Jika disembur, saya akan dengar, dengar, dan dengar. Paling tidak, rasa sebak saja. Kemudian, balik, dan usaha untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi supaya tidak lagi dicucuk lidah yang tajam. Tetapi, saya harap lengan saya tidak dihinggap buku atau apa - apa saja, serta kepala saya tidak ditolak - tolak. (antara perkara yang saya takut)==Saya bersedia untuk esok= "
Hakikatnya, tiada apa yang tidak baik berlaku berkaitan apa yang saya risaukan buat masa sekarang. Hari pertama, selamat. Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segalanya. Hari kedua @ terakhir menyaksikan perkara yang saya takutkan berlaku.
Bersyukur.
Bersyukur kerana saya tahu apa salah saya. Bersyukur kerana hukuman itu menyedarkan saya dari kelalaian. Bersyukur kerana saya sudah tahu bahawa setiap perkara harus diteliti dengan sebenar - benar penelitian. Bersyukur kerana ada insan yang mengambil berat tentang saya. Terima kasih.
Kuat.
Semoga saya terus kuat menadah segala amanah. Semoga saya terus kuat menimba ilmu sebanyak - banyaknya. Semoga saya kuat menatang dugaan. Hakikat hayat seorang mukmin itu bukanlah mudah berputus asa. Oleh sebab itulah saya mesti kuat.!
Posted by zati kay at 12:22 AM 2 comments
Sunday, February 7, 2010
Kelabu.
Kenapa?
Kenapa dia? Entah. Terpampang jelas apa yang dia rasa ketika ini. Katanya, "saya sedang mencari semula sinar iman yang dirasakan semakin tandus sepanjang perjalanan saya di luar." Tahulah kamu, saya juga sama. Dan kamu. Saya tidak tahu apa yang harus diungkap tentang kamu.
Allah, tuhanku. Bantulah aku mencari sinar sebenar. Yang bakal membahagiakan hayatku. Saya dan kamu. Hanya ini sahaja yang menyatukan hati - hati kita, untuk terus di jalan hakiki. Dan kamu. Saya mengharapkan sesuatu pada suatu hari yang belum pasti. Mungkin.
Posted by zati kay at 10:08 AM 0 comments
Wednesday, February 3, 2010
Saya dan saya
Posted by zati kay at 8:00 PM 0 comments
Jumlah Yang Menjenguk :)
Umpama Pedang
Hamba Ilahi
- zati kay
- =Nur Izzati bt Khairuddin= cahaya kemuliaanku penyuluh sanubari..semoga cahaya ini terus bercahaya agar diriku semulia Khadijah, sepintar Aisyah dan sesetia Ainul Mardhiah menunggu para syuhada di pintu syurga..
Hiwar
Blog Archive
Jom Cuci Jiwa. ;)
Pengikut
Ikutan :)
-
alhamdulillah4 weeks ago
-
Tutor Kimia area Perlis9 years ago
-
The Cry of the Owl 200910 years ago
-
Seattle I10 years ago
-
-
-
-
Koran by Heart14 years ago
-
-
dis morning15 years ago
-
-
-
-





