Wednesday, February 3, 2010

Saya dan saya

Dengan penuh rasa lemah dan kurang bermaya, saya mengaku siapalah saya ini ingin mendabik dada, bermegah - megah. Siapalah saya ini jika dibandingkan dengan insan lain, yang jauh lebih hebat daripada saya. Dalam satu hari, saya gunakan segala perkara yang berlaku sebagai kayu penanda untuk merefleksi diri, melakukan koreksi sana - sini. Saya sedar dan seolah - olah baru tersedar. Siapalah saya ini. Siapalah saya di sisi Allah Taala. Yang setia mengalirkan nikmat buat seluruh penghuni bumi. Nikmat. Perkara yang selalu dipandang enteng dan manusia mudah benar lupa akan pemberinya.
Setelah lama tak diserang gatal - gatal hidung dan selsema yang teruk (akibat salah makan), maka hari ini nikmat sihat itu ditarik buat seketika, menyedarkan saya. Apa yang saya lakukan di waktu sihat? Saya benar - benar tidak menggunakannya ke arah yang sepatutnya. Ah, sekali lagi. Kenapa sesudah ditimpa susah baru ingin tersedar? Manusia. Mudah sungguh lupa.
Prestasi. Prestasi saya benar- benar merosot minggu ini. Tiada siapa yang mengadili, tiada siapa yang berkomentar mengenai saya, tiada siapa yang datang memberitahu saya. Tapi, saya tahu diri saya. Prestasi saya benar - benar merosot minggu ini. Ah, sudah. Bangunlah. Cukuplah tersungkur sekali, jangan diulang lagi.

Sunday, January 31, 2010

Esok 1 Februari

Segala puji bagi Allah saya panjatkan kerana mengizinkan saya untuk menaip di sini. Sudah lama saya tinggalkan. Teringat pulak kata - kata seorang penulis dalam tayangan videonya "ada orang buat blog, tapi update setahun sekali" Haihh.. Trasa sungguh mendengarnya. =)
Hari - hari saya lalui seperti biasa. Sungguh sibuk. Dengan kerja sekolah, kerja rumah(berkaitan dengan kerja - kerja perempuan) kemudian tugas - tugas lain lagi yang tidak kurang pentingnya.
Dan esok 1 Februari. Ada apa dengan satu Februari? Ini bermakna, Januari melabuhkan tirainya tanpa kerelaan hati saya. Oh Januari.. Kenapa begitu pantas sekali kau pergi. Sempat pula kau mengucapkan selamat tinggal. Ya. Selamat tinggal Januari. Januari yang penuh dengan perkara - perkara baru yang belum pernah saya hadapi sebelum ini. Sungguh, baru bulan pertama di sekolah pada tahun ini, sudah beberapa titis air mata saya tumpahkan. Begitu juga kawan - kawan. Teringat pulak kata - kata seorang kawan, Farhana. "Hmm,, 'negara' ni banyak buat orang menangis tahun ni" (perkataan negara bukan perkataan sebenar) Walaupun begitu, syukur saya panjatkan kerana Allah memberi saya peluang untuk merasai pahitnya laluan - laluan ini. Sungguh pahit. Buat kawan - kawan, semoga segala pengalaman yang kita lalui dalam satu bulan ini cukup memberi kesan atas diri kita agar setiap daripada kita terus matang mengahadapi cabaran yang lebih besar pastinya. Dan Februari yang bakal dilalui, pastinya saya mengharapakan yang lebih baik ke atas diri saya. Usaha saya perlu lebih baik. Kerja saya perlu lebih baik. Amanah yang diletakkan ke atas bahu saya perlu saya tunaikan dengan lebih baik. Solat saya seharusnya lebih baik. Bacaa al-quran seharusnya lebih baik. Hafazan saya harusnya lebih baik. Semuanya harus lebih baik. Saya harus lebih tabah. Teringat lagi kata - kata Cikgu Aishah "Orang yang excellent tak akan kisah dengan rasa penat. Biar awak penat dari sekarang." Ya. Saya penat. Tapi saya harus abaikan saja penat itu, asalkan saya dapat lakukan yang lebih baik untuk kehidupan saya. Ah, sukar diucapkan. Perasaan yang bercampur baur. Lega, lapang, takut, risau, sedih dan macam - macam lagi. Sungguh, semakin saya lanjut usia, semakin banyak yang saya pelajari. Penat dan lelah harus saya jadikan sebagai asam dan garam untuk lebih menyedapkan hidup saya, bukannya sebagai perosak hidup saya. Ya, Jadikan sebagai penyedap hidup. Brusaha dengan lebih giat. Usah hirau penat. Ah, mampukah saya? Semoga Allah membantu dan memudahkan segala urusan hidup seharian saya. Amin.

Monday, December 21, 2009

Apabila Masih di Bawah Sedar

Kesedaran. Satu perkataan yang cukup penting bagi mengeluarkan seseorang dari belenggu kejahilan. Saya begitu sensitif dengan perkataan ini sejak akhir - akhir ini. Tuisyen sudah selesai. Tinggal untuk meyiapkan homeworks yang masih bersisa (agak banyak juga). Saya bersyukur kerana Allah membukakan hati saya untuk menghadirkan diri ke tuisyen intensif tahun ini. Nasib baik juga dikurniakan kerajinan untuk melangkah keluar rumah sejak pagi lagi, kemudian selesai tuisyen, berjalan pula ke library, menghabiskan petang di sana. Setiap langkah saya, ke mana sahaja, ada hikmah dan perkara yang ingin Allah tunjukkan. Saya berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Apa yang ingin saya katakan ialah apabila mereka masih di bawah sedar. Muslimah. Mereka masih belum sedar bahawa mereka ialah muslimah. Jika di sekolah, perkara ini tak jemu - jemu ditekankan. Apabila mata saya tertancap pada sebatang tubuh yang saya sifatkan tidak lengkap berpakaian. Apa nama bajunya saya pun tidak tahu, kerana saya tidak pernah memakai atau mempunyai baju serupa itu. Kemudian, seluarnya seperti biasa, agak melekat di kulit, menampakkan batang kaki. Tudungnya pula, sudahlah jarang, diangkat singkat berada di atas dada. Ah, sakit mata!
Rasullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan - perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
Perihal tuntutan ke atas seorang muslimah menjaga kehormatan telah dijelaskan oleh Allah dengan panjang lebar melalui surah An Nur, ayat 31. Tapi, hanya sedikit sahaja yang saya ambil daripada ayat tersebut.
"............ Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) ..............."
Rasulullah sebelum wafatnya, terlebih dahulu menyatakan bahawa siapa yang berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnahnya, maka tidak ada yang akan sesat. Barangkali mungkin Al - Quran itu sekadar menjadi kewajipan pada pagi hari, beramai - ramai membacanya di dewan sekolah. Kemudian, tutup. Esoknya pula dibuka kembali. Sungguh, lemahnya kita.
Saya lebih mengarahkan apa yang saya luahkan ini buat para penghuni bumi wakaf kesayangan saya. Tidak melekat lagikah didikan agama yang telah ditumpahkan ke atasmu? Atau hanya jasadmu berada di situ, tetapi rohmu sendiri melayang entah ke mana, mencari dunia luar yang penuh dusta, lalu meninggalkan dunia yang sepatutnya kau berada, menadah ilmu? Inilah yang menjadi punca kegagalan dalam memahami, iaitu apabila tiada kesedaran. Bukan seorang, bukan dua orang, bukan juga sepuluh orang, ramai juga. Itu satu. Bab pakaian juga masih belum selesai menyesakkan dada. Timbul pula al-kisah insan yang masih belum sedar dirinya itu sudahlah masih ditanggung oleh ibu bapa, dengan tanpa rasa sedikit risau mahupun bersalah, sesuka hati melebarkan diri sendiri ke alam yang disifatkannya sebagai alam yang indah untuk menuturkan kata - kata cinta buat insan yang bernama lelaki. Aduh, sedarlah diri itu muslimah. Apakah itu riwayat hidup seorang muslimah? Itukah cinta yang sebenarnya? Sanggup menjatuhkan diri, bermegah - megah di saat dirinya di samping lelaki yang belum pasti akan menjadi hak miliknya. Ah, dunia! Bisa saja manusia buta kerananya. Saya saksikan dengan dua mata anugerah Allah ini, tegarnya mereka merendahkan maruah diri, berdua - duaan di taman yang menjadi tempat saya lalu lalang itu. Rasulullah bersabda lagi,
Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua - duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim.
Cinta. Sayang seribu kali sayang, cinta yang suci itu mereka salah tafsirkan. Berebutlah untuk mencari cinta Allah. Berlumba-lumbalah agar diberi kesempatan untuk merasa kemanisan cinta yang sebenar apabila diri bersandarkan sepenuhnya kepada Allah, mengharap cintanya.
Belum cukup dengan itu, banyak lagi. Perit untuk diceritakan. Cukup aib. Sampai bila lagi agaknya kesedaran itu ingin timbul. Sudah disuap, tidak mahu menelan pula. Siapa yang ingin menelan jika bukan diri sendiri? Itulah realitinya. Semoga Allah masih menjaga diri setiap daripada kita daripada sebarang bencana mahupun kesesatan.
Hidup ini sementara. Belajarlah untuk menjadi hamba yang sebenar-benarnya. Redha Allah adalah segalanya.

Sunday, December 20, 2009

1431 H - Saya bersedia

Bismillahhirrahmanirahim... Dengan nama Allah yang tiada sebarang kecacatan baginya, saya mula menari-narikan jari jemari untuk mengukir sedikit rasa hati. Wah, sudah lama tidak menulis. Pelbagai tuntutan dan keutamaan yang perlu dilangsaikan, ditambah pula dengan tiada kekuatan untuk mencoret kata di sini, saya berhenti buat seketika. Seketika? Rasanya lama jugak.. Hari ini 3 Muharram 1431 Hijrah. Terasa kerdil pula diri ini apabila mengenangkan kerugian yang dicpta diri sendiri. Apalah yang telah saya lakukan sepanjang tahun - tahun lepas? Kerugian? Atau manfaat? Yang pastinya, harapan tinggi menggunung, agar Allah meredhai apa sahaja yang dilakukan. Sisa cuti sudah semakin menipis. Tidak berapa lama saja lagi, maka sesi cuti ini bakal melabuhkan tirainya. Tiba- tiba terasa sesak di dada. Saya seperti bisa membayangkan satu cabaran yang sangat getir menanti saya di hadapan. Juga saya seolah mengerti akan keadaan yang bakal ditempuh, dengan amanah yang rasanya akan semakin melebar dan semakin memberat yang bakal menghuni bahu lemah ini. Hanya Allah yang tahu segalanya. Jika bercakap soal amanah, saya jadi takut. Memandangkan saya sudah melalui pelbagai getir menadah amanah yang seperti tidak tertanggung rasanya. Apa - apa jua takdir yang menimpa saya, saya percaya itulah yang terbaik buat saya. Al Quran dijadikan sebagai buktinya. Allah tidak akan membebankan saya dengan ujian dan amanah yang tidak tertanggung oleh saya. Maka, saya bersedia menanti, ke mana hala tuju saya selepas ini, apa yang bakal saya hadapi, saya hanya berserah.


==Jika mandat itu kembali, saya tadah jua. Jika yang lebih besar mendatang, saya terima saja. Semoga Allah kurniakan saya kekuatan.

Monday, November 23, 2009

Bersyukurlah Duhai Saya

Bersyukurlah duhai saya..


Duduk - duduk sendiri, jadikan saya tiba - tiba teringatkan apa yang saya tulis di entry sebelumnya..

"Ah, tak bersyukur aku ni.."
"Tak, bukan tak bersyukur.. Cuma menyatakan sesuatu yang saya rasa.."

Maka, bermulalah layangan minda saya, pergi merata tempat.. Lalu, saya teringatkan sesuatu..
Sesungguhnya banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.. Walau saya sibuk, saya diberi nikmat sihat oleh Allah, agar kesibukan saya itu dapat saya lalui dengan baik, mudah dan terlaksana segala kerja.. Saya tak sedar mungkin, dalam melangsai 'mandat' yang diberikan itu, saya dimudahkan Allah dalam segala hal.. Tiada masalah yang besar, malah dipermudahkan segala - galanya.. Bersyukurlah duhai saya.. Allah telah memberikan pelbagai nikmat buat saya, tetapi saya terlalai dari menyedarinya.. Allah, usah kau ubahkan kalbu ini dari mengingati dan bersyukur dengan nikmatMu.. Dalam layangan minda itu, saya ditemukan dengan ayat Allah ini..
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". [Surah Ibrahim : Ayat 7]


Astaghfirullah.. Mengapalah saya menjadi begitu terlupa dan lalai.. Maafkanlah diri ini Ya Allah..

Jika berkaitan dengan entry sebelumnya, saya menyesal kerana saya tidak bersyukur.. Dan terima kasih yang terhingga buat para guru yang setia memberikan kepercayaan akan kebolehan diri yang saya ada walaupun saya lelah.. Halalkanlan andai ada sebarang amanah yang saya lalai dan terleka dari melangsainya secara sempurna.. Jika ada sebarang kekurangan, maka tunjuk dan ajar anda jualah yang meluruskan saya.. Berdoalah agar saya sentiasa tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dan penat lelah..

Cuma apa yang saya harapkan, agar saya tidak terlalu diberi pengharapan yang tinggi.. Saya juga manusia biasa yang penuh dengan kesilapan.. Tiada yang sempurna.. Jika ada yang baik itu, maka itu sebenarnya dari Allah..


~Semoga saya menjadi insan yang sentiasa bersyukur..

~Semoga saya juga tidak mudah mengeluh tatkala saya lelah..


p/s : Bersyukurlah duhai diri..

Friday, November 20, 2009

'Mandat' Terakhir [Mudah - mudahan]

Mudah - mudahan yang terakhir

Hari ini seorang kawan, Aisyah, buat presentation program Jenesys.. Hari ni juga taklimat displin, tatacara berpakaian uniform sekolah.. Taklimat berkenaan senarai keperluan juga bayaran untuk sesi persekolah 2010.. Juga majlis perpisahan Cikgu Nabilah, guru Koperasi SMKAP Berhad, merangkap guru subjek Prinsip Perakaunan.. Selamat bertugas di tempat baru, cikgu..

Dan nak dijadikah kisahnya lagi, dan entah kali keberapa, saya sekali lagi 'menyerikan' pentas di Dewan Azzahra kesayangan saya itu.. Pagi-pagi lagi, di hati seronok yang amat, menuju ke dewan dari makmal Physics untuk bacaan yaasin.. Alih-alih, di pertengahan jalan..

Cikgu Che Lian, : "Ha, tu dia Izzati..mai sat, izzati.."

Maka berlakulah sedikit perbincangan.. "Ah, kena lagi!"

Maka, bacaan yaasin pagi tadi tidaklah dapat saya sertai..berada di belakang dewan, menulis teks, melayan aisyah yang sibuk dengan apa yang nak dicakapkan sewaktu presentation.. Ya, pengerusi majlis bidan terjun lagi! Bilalah saya nak ditukarkan jawatan agaknya ya?

Sudahlah bidan terjun, program juga seperti tidak dirancang.. Bertukar sana - sini.. Kalau ada cikgu Hashimah, mesti dia kata kat mana - mana guru bertugas.. "Tak pa, jangan risau, budak ni dah cekap.."

Aduhai cikgu.. Saya lelah..

Maaflah jika majlis berlangsung dengan agak kelam kabut kerana saya bukan pengerusi majlis yang 'cekap' seperti kata Cikgu Hashimah berhadapan dengan tentatif program yang bertukar-tukar.. Juga bukan seorang yang bijak menyusun ayat.. Sekali lagi, saya lelah.. Bukan lelah apa.. Hanya apabila saya memandang guru - guru di sebelah kanan, kemudian barisan guru lelaki di sebelah kiri, kemudian terpandang tepat di tengah dewan yang kebiruan.. Semasa tengah memegang mikrofon, "Muka aku lagi nampaknya.."
" Hampa tak jemu ka tengok saya di hujung pentas tiap-tiap minggu? Saya dah jemu tengok hampa di bawah sana.. Biru ja semua..huhu.."

Ketahuilah saya sudah lelah berada di hujung pantas yang indah itu.. Saya rindukan juga kondisi saya yang berada di bawah itu, beratur memanjang bersama ahli Majlis Kepimpinan Pelajar yang lain, memegang buku catatan tazkirah dan mencatat..

Bukan saya tak suka.. Jauh sekali membenci..Cuma saya pinta, pandanglah juga kiri dan kanan.. Berilah peluang juga kepada yang lain kerana mereka berkebolehan.. Bila masanya lagi untuk melahirkan serikandi yang serba boleh? Inilah masanya.. Bukan seorang, juga bukan dua orang yang ingin dilahirkan.. Tetapi, seluruh warga bumi wakaf, bumi bertuah itu...

Dalam hal ini, saya mengaku saya penat, saya tidak tahan menanggung malu dengan 'sesetengah pihak'..
Ya lah, malas juga saya apabila dikatakan.." Bab MC dia A laa.." Ah, yang lepas biarlah lepas..

Penat, lelah.. Sama sahaja.. Namun saya boleh tafsirkan dalam pelbagai bentuk juga makna.. ALhamdulillah, saya masih sedar dan yakin bahawa Allah tidak memberikan sesuatu ujian itu melebihi keupayaan seseorang hamba itu.. Ya, saya mampu.. Walupun penat dan lelah..

p/s : Mudah - mudahan itu benar-benar mandat terakhir...

Thursday, November 5, 2009

Runsing..


Hari ni saya kembali..

Maka, Assalamualaikum dihulur sebelum bermulanya bait kata..

Alahaii.. hari ni saya kepingin untuk merepek- repek, juga menyebarkan duka yang sengsara ini.. Exam dah habis.. Alhamdulillah.. Selesai la sudah.. Namun.. Resultnya? huh,, usah cakap pasal ni lagi..

Runsing..runsing.. Di tengah kemelut diri yang masih mencari - mencari sinar yang harus menerangi hati ini.. Timbul pula cahaya azazil nampaknya.. Menganjak - anjak di jiwa melahirkan rasa yang serba salah.. Kenapa? Kenapa lah insan yang 'tidak berkenaan' perlu hadir?
Menambahkan kekeliruan, juga peperangan dengan diri sendiri.. Mula la saya terbayangkan sahabat saya itu, yang setia mengalirkan kepercayaan agar saya dapat bersama - samanya meniti hari - hari ini, juga menyatakan pesan agar kami harus bersama juga 'di sana'..
Maafkanlah aku teman, andai aku mungkir janji.. Maafkanlah aku teman, andai aku melanggar janji kita.. Maafkanlah aku, andai aku bukan teman yang baik buatmu..

Saya tiada pilihan.. Melainkan terus menjalani hidup yang cukup banyak godaan dari makhluk
yang dicipta dari api itu..

Namun... Syukur dan syukur..
Kerana dia masih setia menemani saya.. Menghulurkan nasihat, juga mengalirkan ajaran..
Andai diri ini ingin jatuh, segera disambut agar tidak terus jatuh.. Tapi, saya tidak pasti.. Adakah saya bisa terus bersama sahabat itu, untuk cuba membangunkannya pula, tatkala dia memerlukan saya..

Allahhu Rabbi..

Saya benar - benar runsing..

Hanya doa dipanjatkan.. Agar insan yang tidak berkenaan dinyahkan dari hidup saya..
Juga saya terus setia bersama sahabat itu, agar hati saya tidak kecundang..

Allah.. Eratkan lah ikatan hati kami agar kami bisa saling ingat - mengingati, untuk terus menggarap redhaMu.

Allah... Berikanlah yang terbaik buat hamba, agar hamba bisa melakukan yang terbaik dalam jalan menegakkan panjiMu..




~ Buat insan tidak berkenaan, jauhilah dirimu dariku..
aku lebih rela hilang teman, dari memilki
dasar persahabatan yang belum tentu ada redhaNya..