Friday, November 20, 2009

'Mandat' Terakhir [Mudah - mudahan]

Mudah - mudahan yang terakhir

Hari ini seorang kawan, Aisyah, buat presentation program Jenesys.. Hari ni juga taklimat displin, tatacara berpakaian uniform sekolah.. Taklimat berkenaan senarai keperluan juga bayaran untuk sesi persekolah 2010.. Juga majlis perpisahan Cikgu Nabilah, guru Koperasi SMKAP Berhad, merangkap guru subjek Prinsip Perakaunan.. Selamat bertugas di tempat baru, cikgu..

Dan nak dijadikah kisahnya lagi, dan entah kali keberapa, saya sekali lagi 'menyerikan' pentas di Dewan Azzahra kesayangan saya itu.. Pagi-pagi lagi, di hati seronok yang amat, menuju ke dewan dari makmal Physics untuk bacaan yaasin.. Alih-alih, di pertengahan jalan..

Cikgu Che Lian, : "Ha, tu dia Izzati..mai sat, izzati.."

Maka berlakulah sedikit perbincangan.. "Ah, kena lagi!"

Maka, bacaan yaasin pagi tadi tidaklah dapat saya sertai..berada di belakang dewan, menulis teks, melayan aisyah yang sibuk dengan apa yang nak dicakapkan sewaktu presentation.. Ya, pengerusi majlis bidan terjun lagi! Bilalah saya nak ditukarkan jawatan agaknya ya?

Sudahlah bidan terjun, program juga seperti tidak dirancang.. Bertukar sana - sini.. Kalau ada cikgu Hashimah, mesti dia kata kat mana - mana guru bertugas.. "Tak pa, jangan risau, budak ni dah cekap.."

Aduhai cikgu.. Saya lelah..

Maaflah jika majlis berlangsung dengan agak kelam kabut kerana saya bukan pengerusi majlis yang 'cekap' seperti kata Cikgu Hashimah berhadapan dengan tentatif program yang bertukar-tukar.. Juga bukan seorang yang bijak menyusun ayat.. Sekali lagi, saya lelah.. Bukan lelah apa.. Hanya apabila saya memandang guru - guru di sebelah kanan, kemudian barisan guru lelaki di sebelah kiri, kemudian terpandang tepat di tengah dewan yang kebiruan.. Semasa tengah memegang mikrofon, "Muka aku lagi nampaknya.."
" Hampa tak jemu ka tengok saya di hujung pentas tiap-tiap minggu? Saya dah jemu tengok hampa di bawah sana.. Biru ja semua..huhu.."

Ketahuilah saya sudah lelah berada di hujung pantas yang indah itu.. Saya rindukan juga kondisi saya yang berada di bawah itu, beratur memanjang bersama ahli Majlis Kepimpinan Pelajar yang lain, memegang buku catatan tazkirah dan mencatat..

Bukan saya tak suka.. Jauh sekali membenci..Cuma saya pinta, pandanglah juga kiri dan kanan.. Berilah peluang juga kepada yang lain kerana mereka berkebolehan.. Bila masanya lagi untuk melahirkan serikandi yang serba boleh? Inilah masanya.. Bukan seorang, juga bukan dua orang yang ingin dilahirkan.. Tetapi, seluruh warga bumi wakaf, bumi bertuah itu...

Dalam hal ini, saya mengaku saya penat, saya tidak tahan menanggung malu dengan 'sesetengah pihak'..
Ya lah, malas juga saya apabila dikatakan.." Bab MC dia A laa.." Ah, yang lepas biarlah lepas..

Penat, lelah.. Sama sahaja.. Namun saya boleh tafsirkan dalam pelbagai bentuk juga makna.. ALhamdulillah, saya masih sedar dan yakin bahawa Allah tidak memberikan sesuatu ujian itu melebihi keupayaan seseorang hamba itu.. Ya, saya mampu.. Walupun penat dan lelah..

p/s : Mudah - mudahan itu benar-benar mandat terakhir...

0 comments: