Sunday, October 11, 2009

Saat penuh penantian

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Yang setia mengalirkan nikmat dan rezeki buat hambaNya..
tidak putus - putus.. Mudah-mudahan Allah mengalirkan keredhaan dan rahmatNya juga
secara tidak putus - putus.. Amin..

Sejenak merenung perjalanan yang saya lalui.. Penuh sukar dan onak serta ranjau berbatu - batu.. Tohmahan demi tohmahan saya tepis seketika buat menenangkan hati yang rundung
dengan nestapa dan kekeliruan ini.. Lalu, jom kita singkap sejenak perjalanan hidup saya..

Berpadananlah dengan entry yang bertajuk, Saat penuh penantian..
Lebih kurang seminggu sebelum Aidilfitri mengunjungi, saya dikejutkan oleh Cikgu Azizah mengenai sesuatu yang saya nantikan sejak Ogos lagi.. Nampaknya Ogos tak menjadi kenyataan, Oktober pula mengantikan..Alhamdulillah, Allah membuka pintu rezeki itu..

Saya cukup gembira tatkala menerima beberapa helai kertas yang bercop Jabatan Pelajaran Perlis itu yang mengarahkan saya untuk ke JPN Perlis untuk menghadiri taklimat sebelum berlepas ke sana.. Pontian, Johor.. Itu destinasinya..


Akhirnya, berbekalkan semangat teman - teman, saya melangkah penuh gentar ke sana..
Dalam kotak fikiran, penuh dengan segala macam persepsi..

End of Year Exam dah dekat!!

Farhana kata, "pi la..Allah dah buka pintu rezeki.."


Ya.. Sukar untuk saya lepaskan (secara tersangat jujur) memandangkan dari bulan Ogos,
destinasinya di WP Labuan.. Alih-alih, Kukup Golf Resort, Pontian pula..
Tak kisah la di mana.. Asalkan penantian saya terjawab.. Syukur..

Perjalanan 12 jam dilalui dengan sabar.. Di dalam van JPN yang memuatkan 6 orang peserta, 2 guru pengiring, juga seorang pemandu.. Juga dibelakang tempat duduk saya, beg-beg tinggi menggunung.. Alhamdulillah, mujur encik pemandu bijak menyusun, kerana saya membayangkan beg - beg tersebut jatuh atas saya dan orang yang berada di sebelah timbunan beg tersebut..

Akhirnya, segala urat dapat kami kendurkan dengan perasan lega dan lapang setibanya di sana lebih kurang jam 7.50 malam
Allah Maha Besar.. Mengatur dengan begitu cantik sekali..

Syukur, alhamdulillah kerana perjalanan kami selamat..
5 hari 4 malam saya lalui penuh indah.. Bersama rakan - rakan yang punya minat yang
sama.. Berguru dengan para guru dan fasilitator yang hebat, cukup mengujakan saya!
Dapat bertemu dengan penulis - penulis novel, cerpen dan puisi..
Sebelum ini hanya mendengar nama saja.. Ah, bersyukur lah wahai izzati..
Bukan semua orang mendapat peluang sebegini.. Alhamdulillah..

Saya difahamkan, perkampungan kali ini berbeza dari tahun tahun sebelumnya..
Jika sebelum ini, kesenian dan kebudayaan ditekankan, maka pada tahun ini, ilmu
sangat dititik beratkan.. Tidak hairanlah rakan sekontinjen saya, Porshna sudah mula
merungut tatkala meneliti tentaif program buat kali pertama,

"Woohh, banyaknya ceramah! Habislah aku"
"Kita mai ni menuntut ilmu la Porshna.. Apa kisah dengan ceramah?"
Saya dan Iman mencucuk Porshna.

Hakikatnya, kontinjen Perlis cukup tinggi semangat 'assabiah' nya..
Kami berjalan, makan, berkarya bersama - sama..
Ditambah pula dengan keriuhan cikgu dua orang yang saya sifatkan cukup sepadan
digandingkan bersama (kedua - dua sudah ada rumah tangga sendiri ya!)

Cukup riuh!
Apatah lagi, Cikgu Manaf dengan gayanya yang seakan - akan 'melawan fitrah'...
Ditambah pula Cikgu Noraidah yang sentiasa nak menang.

Alahaii.. Kami tak kering gusi..

Untuk pendedahan lanjut, di entry seterusnya..
lebih banyak info, juga gambar!

(haha..)

~semoga saya masih bernyawa untuk menulis...