Friday, September 11, 2009

Kembara hidup








Alhamdulillah..

dapat jugak saya menulis hari ini..
setelah lama tak jenguk diari serikandi ini..

Dalam sedar dan tak sedar, hari ni 21 Ramadhan, 11 September..
sekejapnya. sangat sekejap..
tak terasa begitu cepat Ramadhan mengambil tempat..
tau-tau saja, tak lama lagi, maka berakhirlah Ramadhan..

semoga madrasah Ramadhan ini telah kita gunakan sebaiknya untuk
mencapai matlamat takwa..
dan juga moga Allah redha dengan ibadah yang kita lakukan..

kelmarin, semasa sesi tadarus, saya sekali lagi bersama adik-adik usrah..
alhamdulillah, sesungguhnya Ramadhan ini menguatkan lagi ikatan
ukhuwwah kami..syukur, Allah pemberi nikmat..


semasa sedang meneliti bacaan adik - adik, saya terpandang pada papan putih
di hadapan kelas 1 Umi Kalthum..
yang tertera di bawah tarikh dan hari ialah.."RAYA=10 HARI LAGI"
alahai..adik2 aku ni..saya jadi tersenyum sendiri..
teringatkan masa kecil-kecil dulu, menghitung hari bila nak raya..
nampaknya ada sesuatu yang adik - adik ni belum tau..


biasanya, saya memang sengaja memberhentikan sesi tadarus awal 5 minit..
lagi 5 minit saya gunakan untuk memberikan sedikit komen tentang bacaan mereka
serta memperkenalkan hukum - hukum tajwid..
memandangkan sudah banyak yang telah saya sampaikan, maka,
kelmarin, lebih 5 minit lagi saya gunakan sedikit untuk menerangkan sesuatu..
sedikit pendedahan dan peringatan buat adik- adik yang masih 'hijau' ini..

saya katakan,

"tidak salah merasa seronok nak sambut raya..tapi, kenapa tidak kita rasa sedih
mengenangkan lagi 10 hari saja Ramdhan akan ke penghujung.."


apa yang saya ada saya cuba sampaikan setakat mampu..
sungguh, adik - adik ini masih 'hijau'..
pada hari-hari biasa, setiap hari jumaat yang merupakan satu-satunya hari saya
bertemu mereka saya gunakan sebaiknya..
apa yang saya sampaikan sememangnya tidak sehebat tazkirah-tazkirah
mingguan oleh ustaz dan ustazah..
namun, rasanya ini saja lah yang mampu saya sumbangkan..
setiap kali saya berhadapan mereka, setiap kali itulah semangat saya
membuak-buak..saya pandang seorang demi seorang.
wajah - wajah inilah yang bakal menyambung harapan sekolah..
yang paling penting, wajah - wajah inilah yang bakal mencorakkan
masa depan ummah..
saya terfikir sendiri, mampu kah? tercapai kah?
Sesungguhnya manusia berusaha, Allah juga pemberi natijah..

setiap kali sebelum bersurai semasa sesi tadarus, saya suka unntuk mengingatkan adik - adik
untuk sentisa berdamping dengan al - Quran..
ada antara mereka yang kurang lancar bacaannya, maka dengan membaca selalu,
insyaAllah lidah yang berbelit itu menjadi mudah..
sebenarnya, saya suka mengingatkan mereka kerana dengan cara ini saja lah saya juga
boleh mengingatkan diri..
Mudah - mudahan Allah tidak membolak balikkan hati ini..
saya katakan lagi, al - Quran itu nur ; cahaya..dan hati kita perlukan cahaya itu..
tanpa nur al - Quran, bagaimana hati nak terang?
biasanya, untuk adik-adik tingkatan satu saya terpaksa gunakan bahasa yang
mudah saja supaya mudah difahami..
mudah- mudahan Allah sentiasa lorongkan hati mereka untuk menerima peringatan..

semasa mengikuti Kem Naqibah Badar SMKAP lagi saya dah terfikir,

"aku naqibah Badar..betul ka?mampu ka?aku sendiri masih banyak yang belum lurus"

sememangnya saya bersyukur, kerana menjadi pilihan Allah..
di medan inilah saya berusaha memperbaiki diri..
mudah - mudahan Allah beri kekuatan itu..
==diri yang masih dalam proses membaik pulih..

4 comments:

FS Ning said...

yay! dah buleh komen! XD

Nawwar said...

kdg2 tfikir pula,,
apa yg badar dh sumbang pada skolh masa zaman kita?
apa yg kita dah wat utk badar?
sbb apa x da tokoh smkap lebih hebat drpd k.Jannah [setaraf pun x brapa nak ada]

^_^ tlepas pula
hihii

zati kay said...

fasihah= thanks sbb buatkan blog aku boleh dikomen..thanks3!!

zati kay said...

nawwar=
soalan yang sukar dijawab sebenarnya..utk kita knal pasti kelemahan mudah sbenarnya..
dari sekecil-kecil bnda pun boleh..
sng ja...kita nilai mcm ni dh laaa..cuba kita kira bilangan risalah badar yang diedarkan d sekolah masa tahun pertama atau kedua kita berada d skolah..bandingkan dgn sekarang..
mcm mna?
walaupun risalah badar itu sndiri nampak seperti hal yang remeh utk dipertikaikan..
tapi, saya rasa itu sangat mmberi kesan kpd jiwa2 yang baru nak mengenal bumi wakaf kita..pengalaman saya, sebenarnya..
masa mula2 saya d bumi wakaf, dalam form 2 lbeh krg laaa..
saya ditakdirkan jawatan ktua tingkatan..maka, tugas melekat2 risalah badar adalah di bahu saya..
saya banyak belajar dari risalah2 yang dihasilkan oleh kakak2 sebenarnya, sebelum pergi lebih jauh mendalami...jadi, jangan pandang rendah pada prkara yang remeh..err,, saya ni mnjawab solan kamu ka tidak?heh~

mengenai apa yang kita sumbangkan buat badar..jawapan saya, saya pun tak pasti....>>er,,nmpk mcm x terarah ka?

kak jannah?sngt sukar dicari gnti..
saya rasa, sebelum kak jannah, rasanya lbh ramai tokoh2 di bumi wakaf..skrg?spt yang kita lihatlah..kita semua lemah..=(

==semoga Allah memudahkan segala-galanya buat kita..dan kurniakan kita kekuatan itu..