Thursday, September 24, 2009

Hari - hari Saya

Alhamdulilah, hari - hari kini saya lalui penuh ceria..
semoga saya sentiasa berada dalam keredhaan Allah hendaknya, amin~
Walaupun hakikatnya, raya hanyalah sehari..namun, kemeriahannya masih terasa..
salah satu nikmat yang paling nikmat bagi saya pada hari raya ialah dapat
berkumpul bersama seluruh ahli keluarga yang dirindui..
pada hari raya, kami berkongsi cerita, bergurau senda..
pada hari itulah, segala masalah dikongsikan dan diselesaikan bersama..
masyaAllah, indah sungguh saat itu..
mudah - mudahan Allah meredhai kami semua hendakNya..

Abang-abang, anak saudara masih riuh rendah di rumah saya..
kalau dah balik semua nanti, alamat sunyilah rumah..huhu..

saya belum berkesempatan untuk menulis banyak, walhal banyak perkara yang
ingin saya tuliskan sebenarnya..

dan..saya baru saja selesai menulis cerpen yang pertama..
bertajuk, 'Dia Murabbi'..
orang pertama yang jadi judge saya ialah, farhana..
alahaii..malunya...isk3
katanya, apa kata kalautulis di blog..letakkan cerpen di blog..
hmm,, akan difikirkan dulu sebenarnya..
mungkin saya akan siarkan cerpen tersebut selepas dinilai terlebih dulu, insyaAllah..
hehe..=)
farhana mesti cakap, "sengal kamu.."
hi3..tak kesah..=)


~sehingga berkesempatan untuk menulis lagi..
~semoga dalam berkat Allah sentiasa..
~semoga saya semakin optimis jalan ini..

= selamat berpuasa enam hari di bulan Syawal..

Friday, September 11, 2009

Kembara hidup








Alhamdulillah..

dapat jugak saya menulis hari ini..
setelah lama tak jenguk diari serikandi ini..

Dalam sedar dan tak sedar, hari ni 21 Ramadhan, 11 September..
sekejapnya. sangat sekejap..
tak terasa begitu cepat Ramadhan mengambil tempat..
tau-tau saja, tak lama lagi, maka berakhirlah Ramadhan..

semoga madrasah Ramadhan ini telah kita gunakan sebaiknya untuk
mencapai matlamat takwa..
dan juga moga Allah redha dengan ibadah yang kita lakukan..

kelmarin, semasa sesi tadarus, saya sekali lagi bersama adik-adik usrah..
alhamdulillah, sesungguhnya Ramadhan ini menguatkan lagi ikatan
ukhuwwah kami..syukur, Allah pemberi nikmat..


semasa sedang meneliti bacaan adik - adik, saya terpandang pada papan putih
di hadapan kelas 1 Umi Kalthum..
yang tertera di bawah tarikh dan hari ialah.."RAYA=10 HARI LAGI"
alahai..adik2 aku ni..saya jadi tersenyum sendiri..
teringatkan masa kecil-kecil dulu, menghitung hari bila nak raya..
nampaknya ada sesuatu yang adik - adik ni belum tau..


biasanya, saya memang sengaja memberhentikan sesi tadarus awal 5 minit..
lagi 5 minit saya gunakan untuk memberikan sedikit komen tentang bacaan mereka
serta memperkenalkan hukum - hukum tajwid..
memandangkan sudah banyak yang telah saya sampaikan, maka,
kelmarin, lebih 5 minit lagi saya gunakan sedikit untuk menerangkan sesuatu..
sedikit pendedahan dan peringatan buat adik- adik yang masih 'hijau' ini..

saya katakan,

"tidak salah merasa seronok nak sambut raya..tapi, kenapa tidak kita rasa sedih
mengenangkan lagi 10 hari saja Ramdhan akan ke penghujung.."


apa yang saya ada saya cuba sampaikan setakat mampu..
sungguh, adik - adik ini masih 'hijau'..
pada hari-hari biasa, setiap hari jumaat yang merupakan satu-satunya hari saya
bertemu mereka saya gunakan sebaiknya..
apa yang saya sampaikan sememangnya tidak sehebat tazkirah-tazkirah
mingguan oleh ustaz dan ustazah..
namun, rasanya ini saja lah yang mampu saya sumbangkan..
setiap kali saya berhadapan mereka, setiap kali itulah semangat saya
membuak-buak..saya pandang seorang demi seorang.
wajah - wajah inilah yang bakal menyambung harapan sekolah..
yang paling penting, wajah - wajah inilah yang bakal mencorakkan
masa depan ummah..
saya terfikir sendiri, mampu kah? tercapai kah?
Sesungguhnya manusia berusaha, Allah juga pemberi natijah..

setiap kali sebelum bersurai semasa sesi tadarus, saya suka unntuk mengingatkan adik - adik
untuk sentisa berdamping dengan al - Quran..
ada antara mereka yang kurang lancar bacaannya, maka dengan membaca selalu,
insyaAllah lidah yang berbelit itu menjadi mudah..
sebenarnya, saya suka mengingatkan mereka kerana dengan cara ini saja lah saya juga
boleh mengingatkan diri..
Mudah - mudahan Allah tidak membolak balikkan hati ini..
saya katakan lagi, al - Quran itu nur ; cahaya..dan hati kita perlukan cahaya itu..
tanpa nur al - Quran, bagaimana hati nak terang?
biasanya, untuk adik-adik tingkatan satu saya terpaksa gunakan bahasa yang
mudah saja supaya mudah difahami..
mudah- mudahan Allah sentiasa lorongkan hati mereka untuk menerima peringatan..

semasa mengikuti Kem Naqibah Badar SMKAP lagi saya dah terfikir,

"aku naqibah Badar..betul ka?mampu ka?aku sendiri masih banyak yang belum lurus"

sememangnya saya bersyukur, kerana menjadi pilihan Allah..
di medan inilah saya berusaha memperbaiki diri..
mudah - mudahan Allah beri kekuatan itu..
==diri yang masih dalam proses membaik pulih..