Monday, August 31, 2009

ujian..atau kesengsaraan?

Inilah ujian..yang datang untuk menguji keimanan seorang hamba..
sama ada imannya benar, mahupun dusta..


banyak perkara yang berlaku semalam..
petang dan malam..
saat yang perit..
apabila saya dihidangkan dengan suara2 itu..
juga muka2 itu..serta kejadian2 itu..

saya kesian sebenarnya..
kesian dan sangat sedih kerana pengorbanan yang mak n abah
lakukan seolah - olah tidak dihargai oleh orang itu..
bukanlah di sini saya minta supaya orang itu mengagung - agungkan
mak n abah..
ataupun memuja mereka..
tapi, biarlah ada sedikit perasaan kesian melihat mereka yang setiap hari
masanya dan tenaganya terpaksa dikorbankan demi keselamatan,
kebahagiaan,kesejahteraan, ketenteraman orang tersebut..

dalam hati saya sekarang sudah timbul perasaan yang sangat tak senang..
saya bukanlah seorang yang mudah benci orang..
saya bukan juga seorang yang mudah tidak menyenangi orang..

bekali- kali dan entah kali keberapa orang itu asyik menyebut..

"kesian dkat PL"
"kesian dekat ML"

kesian dekat orang tu..ksian dekat orang ni..

mak n abah?x ksian ka?

dalam hal ni, mak lebih saya kesiankan..
apa yang dibuat, ada saja yang orang tu tak puas hati..
pengorbanan yang mak buat, tak pula dia kenang..
perasaan marah saya rasanya dah sampai tahap saya boleh
kata2 mcm kt orang,,sehingga timbul di hati saya..

"dia ni memang tak da ksian belas ka?"
"dia ni, mentang-mentang la kami ni mak n abah tak la bergaji tinggi,
tak berpangkat besar, jadi kami x berguna.."

astaghfirullah.. hanya pada Allah saya adukan kesengsaraan ini..
saya tak sanggup tengok lagi..
saya seperti tak sanggup melagkah ke sana lagi..
saya tak nak jumpa lagi dah dgn orang itu..

tapi, tak boleh! saya kena jumpa jugak orang itu..
ya Allah, kuatkan aku..kuatkan aku..

sebenarnya, menulis saja tak boleh menggambarkan betapa
beratnya ujian yang saya tanggung ini..
setiap kali mengingat 'babak2' itu, sebak dada,
terus mengalirlah air mata..
tak kira di mana..

saya tak behenti menyebut..
Allah..Allah..Allah..
dengan harapan, agar Allah kurangkan kesengsaraan ini..

saya perlukan ketenangan..
ketenangan untuk belajar..
ketenangan untuk mengukir masa depan saya...

dan saya sangka, dulunya, saya pernah meghadapi ujian yang sangat hebat...
tetapi, rupanya, ada ujian yang lebih hebat menanti saya di hadapan..
dan, iniah ujiannya.. sekarang saya merasainya..
kenapa begitu laris ujian yang datang kepada saya?
baru satu lepas, satu lagi pula datang..
baru saja nak bernafas sesaat, timbul pula satu perkara yang
menyesakkan dada..

saya x mampu berdiri sendiri..
saya perlukan teman..
saat ini, saya berfikir, siapa teman itu...
saya tidak punya teman..

hanya Allah menemani saya..hanya Allah memahami saya..
kerana Dialah pemberi nikmat..juga pemberi ujian..




0 comments: