Tuesday, August 25, 2009

demi tanah wakaf itu..

alhamdulillah..
pagi kemarin, selesai saja kelas chemistry,
saya telah mengajak beberapa org sahabat
untuk duduk bermesyuarat mengenai matlamat kami..
ini berkisar tentang tanggungjawab..
alhamdulillah, walaupun tidak ramai,
cukup sekadar dapat mengumpulkan
insan-insan yang bernama izzati,wahida, syahamah, fadhlina dan mus..
dalam perbincangan yang penuh kesulitan ini,
kami menemui satu jalan yang sesuai
dalam menyelesaikan kemelut yang melibatkan 'orang-orang tertinggi' ini..
sebenarnya ada dua jalan..
yang pertama, bersemuka..
dan yang kedua, surat layang..
saya lebih memilih untuk bersemuka, sebenarnya..
biarlah kita bercakap secara hati ke hati atas dasar iman
dan tanggungjawab bersama..
demi membangunkan semula kegemilangan itu..
namun, kawan - kawan berpendapat,
itu bukan cara yang betul kerana kami ni
bukanlah siapa-siapa..tak ada apa2 kuasa..
kami hanya pelajar..
kawan - kawan kata, jangan kerana hal bersemuka ini
mengeruhkan hubungan dengan
orang2 berkuasa tinggi itu..
tapi, saya melihatnya bukan ke arah mengeruhkan hubungan,
tetapi ajakan untuk
berbincang..tapi, kena pandai laa..
bermain dengan hati dan perasaan..
mengajak mereka merenung sejenak zaman kegemilangan dulu..
kawan - kawan kata lagi, mcm mana nak ajak mereka
merenung sejenak kegemilangan dulu, s
edangkan mereka tidak merasa perkara itu..
apa yang kawan - kawan lontarkan, sememangnya bernas,
dan sukar disangkal..
namun, saya memikir dengan keadaan yang sebaliknya..
iaitu, menunjukkan seolah2 kita, pelajar2,
dahagakan kegemilangan dulu..
inginkan kemanisan saat2 berada di bumi wakaf dulu..
perbezaan yang ketara dapat dirasa saat
menjejakkan kaki ke bumi wakaf itu
lebih kurang 4 tahun lalu dengan setelah 4 tahun berlalu..
sayangnya jika membiarkan kegemilangan itu berlalu pergi...
bagi yang faham, insyaAllah masing - masing cuba
untuk memperbetulkan diri..
tetapi, yang tidak faham akan tujuan kewujudan diri,
maka mereka terus hanyut
mengikut rentak yang dimainkan orang - orang tertinggi itu..
bukan untuk mengaibkan.. jauh skali menjatuhkan..
tapi, saya berbicara tentang soal tanggungjawab..
tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah
yang harus dilaksanakan untuk mencari redhaNya..
masakan saya ingin melihat bumi wakaf itu hilang cahaya tarbiahnya,
sedangkan di situlah saya mendapat suapan tarbiah..
sayang, seribu kali sayang..
secara tulusnya, saya ingin menyeru buat seluruh warga bumi wakaf itu,
untuk bangun bersama, kita bina kegemilangan dulu..
kita suburkan nilai-nilai tarbiah yang dulu..
agar-agar generasi yang mendatang bakal merasa kegemilangan itu..
namun, diri ini seolah tidak mampu untuk mengorak langkah seorang diri..
perlukan teman - teman untuk melangkah bersama..
hanya doa menemani, agar mereka sudi bersama saya di atas landasan ini..



0 comments: