Monday, August 31, 2009

ujian..atau kesengsaraan?

Inilah ujian..yang datang untuk menguji keimanan seorang hamba..
sama ada imannya benar, mahupun dusta..


banyak perkara yang berlaku semalam..
petang dan malam..
saat yang perit..
apabila saya dihidangkan dengan suara2 itu..
juga muka2 itu..serta kejadian2 itu..

saya kesian sebenarnya..
kesian dan sangat sedih kerana pengorbanan yang mak n abah
lakukan seolah - olah tidak dihargai oleh orang itu..
bukanlah di sini saya minta supaya orang itu mengagung - agungkan
mak n abah..
ataupun memuja mereka..
tapi, biarlah ada sedikit perasaan kesian melihat mereka yang setiap hari
masanya dan tenaganya terpaksa dikorbankan demi keselamatan,
kebahagiaan,kesejahteraan, ketenteraman orang tersebut..

dalam hati saya sekarang sudah timbul perasaan yang sangat tak senang..
saya bukanlah seorang yang mudah benci orang..
saya bukan juga seorang yang mudah tidak menyenangi orang..

bekali- kali dan entah kali keberapa orang itu asyik menyebut..

"kesian dkat PL"
"kesian dekat ML"

kesian dekat orang tu..ksian dekat orang ni..

mak n abah?x ksian ka?

dalam hal ni, mak lebih saya kesiankan..
apa yang dibuat, ada saja yang orang tu tak puas hati..
pengorbanan yang mak buat, tak pula dia kenang..
perasaan marah saya rasanya dah sampai tahap saya boleh
kata2 mcm kt orang,,sehingga timbul di hati saya..

"dia ni memang tak da ksian belas ka?"
"dia ni, mentang-mentang la kami ni mak n abah tak la bergaji tinggi,
tak berpangkat besar, jadi kami x berguna.."

astaghfirullah.. hanya pada Allah saya adukan kesengsaraan ini..
saya tak sanggup tengok lagi..
saya seperti tak sanggup melagkah ke sana lagi..
saya tak nak jumpa lagi dah dgn orang itu..

tapi, tak boleh! saya kena jumpa jugak orang itu..
ya Allah, kuatkan aku..kuatkan aku..

sebenarnya, menulis saja tak boleh menggambarkan betapa
beratnya ujian yang saya tanggung ini..
setiap kali mengingat 'babak2' itu, sebak dada,
terus mengalirlah air mata..
tak kira di mana..

saya tak behenti menyebut..
Allah..Allah..Allah..
dengan harapan, agar Allah kurangkan kesengsaraan ini..

saya perlukan ketenangan..
ketenangan untuk belajar..
ketenangan untuk mengukir masa depan saya...

dan saya sangka, dulunya, saya pernah meghadapi ujian yang sangat hebat...
tetapi, rupanya, ada ujian yang lebih hebat menanti saya di hadapan..
dan, iniah ujiannya.. sekarang saya merasainya..
kenapa begitu laris ujian yang datang kepada saya?
baru satu lepas, satu lagi pula datang..
baru saja nak bernafas sesaat, timbul pula satu perkara yang
menyesakkan dada..

saya x mampu berdiri sendiri..
saya perlukan teman..
saat ini, saya berfikir, siapa teman itu...
saya tidak punya teman..

hanya Allah menemani saya..hanya Allah memahami saya..
kerana Dialah pemberi nikmat..juga pemberi ujian..




Kenapa saya cerita pasal ni?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lgi Maha Penyayang..

saya nak tulis..saya nak tulis..dan saya nak tulis..
kekuatan..kekuatan..masih menghilang..

kemarin..pagi,,saya begitu bersemangat utk ke tusyen b.arab..
belajar tajuk baru..yang tak susah sangat..(x susah?hm~)
tapi, byk yang perlu diambil perhatian..
biasa lah..bahasa arab tinggi..susah kan..
mana ada belajar senang..semua susah..
tapi, yang diuar-uarkan sebulum masuk form 4 mmg dahsayat..

"BAHASA ARAB TINGGI SUSAH.."
mmg la..kalau amik x kesah, memang sakit..
em,, saya merasainya sebenarnya..dan di sini ada pengakuan berani mati..

KEPUTUSAN BAHASA ARAB TINGGI saya sangat berbeza dengan keputusan
BAHASA ARAB KOMUNIKASI...

sebenarnya, saya jadi malu dgn ustazah Nadia..ustazah Aizat..
untuk mid-year exam yang lalu, keputusan tersebut sekali lagi menurun dari
first assesment..x tau silap dekat mana..
mungkin ini lah yang orang kata, BAHASA ARAB TINGGI SUSAH!
rasanya, maksudnya adalah susah dapat A la kot..
ya ka?x tau laaa..

dan dengan keputusan yg saya dapat masa mid year, telah membuatkan
ustazah Aizat bersemuka dengan saya..
memandang kan beliau ialah guru bahasa arab masa di 3 siti fatimah dulu..
dan sudah pasti, beliau dapat mengesan penurunan prestasi saya..
katanya, sambil mengurut belakang saya, (perkara yang selalu dia buat)

"ustazah Nadia bagitau ustazah keputusan b.arab kamu menurun..ada ape2 masalah ke?"

huh, saat tu segala mcm perasaan yang rasa, saya cakap saja..
itu..ini...itu..ini...
masalah saya.....................
tapi, masalah sebenar x pula saya cerita..
ya..sesungghnya tahun ni adalah tahun yang paling byk masalah buat saya..
ujian Allah begitu hebat tatkala saya melangkah usia 16 tahun..
belum habis tahun lagi, dah berjuta kali air mata saya jatuhkan..
Allah saja yang berkuasa memberi kekuatan itu kepada saya..
sesungguhnya, Dia lebih rapat dengan saya berbanding urat nadi ini..

dan kepada ustazah Aizat..
sebenarnya, saya tak pernah menceritakan apa- apa..
malu dan segan..huhu..
juga, saya tak mau nangis depan dia sebenarnya..

sebut pasal MASALAH..
masalah menimpa saya lagi..
masalah kah ini?
ya....






Thursday, August 27, 2009

hati..

sebenarnya saya tak tau apa yang nak ditulis..
kekuatan?ke mana kau menghilang?
saya rindu entry 'kekuatan?' di diari serikandi verse 1 dulu..
di situlah kekuatan saya diadukan..kekuatan..kekuatan..

tapi..hari ni ada dua benda yang seronok untuk dikongsi..wiii~ =D
first, seronoknya dapat berkongsi ilmu dgn orang yang lebih hebat..
beliau telah memberikan saya tips2 untuk menguasai bidang penulisan..
ahh..bestnya! =)
sebut pasal penulisan, cerpen saya terbengkalai agak lama,,
memandangkan ada perkara - perkara lain yang harus diselesaikan mengikut keutamaan..
rasanya, saya yang x pandai urus masa agaknya..
ya! mungkin..(terimalah knyataan duhai zatie...)
sebenarnya saya terfikir jugak untuk mulakan penulisan baru..
dalm perangkaan lagi..
insyaAllah, kalau dah siap penulisan yang baru tu, niat saya tinggi menggunung..
iaitu,,untuk dinilai oleh orang yang lebih hebat itu..
iaitu tuan yang memberi tips2 tersebut..


ha, sebut pasal benda kedua yang seronok hari ni, skali lg,,wiii~=)
saya telah jumpa sesuatu yang saya cari selama nie..hehe..
malu untuk diceritakan..(sengal~)
sebenarnya kenapa yang saya nak sangat cari 'benda' tu?
tak tau laaa..tapi, yang pastinya, bila dah jumpa,
rasanya, berhinggut la jgk kerusi yang saya duduk skrg ni..
sbb terlampau seronok..buat kali ketiga,, wiii~
tapi, bila fikir - fikir balik, dan direnung secara mata hati,
secara tanpa dipaksa, mulut saya bekata,

"ahh, lagonya aku"

apa-apa saja, seeloknya baliklah kepada Allah s.w.t
sedetik kita lalai, satu titik hitam bertambah di hati..
bayangkan kalau titik2 ini setiap hari bertambah dan bertambah..
nauzubillahh..
moga Allah sentiasa menjaga hati ini..
segalanya saya serahkan pada Allah..

ya Allah jika ini takdirmu, maka adakanlah untukku..
jika ini bukan takdirmu untukku, maka takdirkanlah yang terbaik untukku..

sesungguhnya, Allah tahu yang terbaik untuk hambanya..
saya merancang, Allah juga merancang, namun Dialah sebaik - baik perancang..



==yang mengharap redhaNya..

Tuesday, August 25, 2009

demi tanah wakaf itu..

alhamdulillah..
pagi kemarin, selesai saja kelas chemistry,
saya telah mengajak beberapa org sahabat
untuk duduk bermesyuarat mengenai matlamat kami..
ini berkisar tentang tanggungjawab..
alhamdulillah, walaupun tidak ramai,
cukup sekadar dapat mengumpulkan
insan-insan yang bernama izzati,wahida, syahamah, fadhlina dan mus..
dalam perbincangan yang penuh kesulitan ini,
kami menemui satu jalan yang sesuai
dalam menyelesaikan kemelut yang melibatkan 'orang-orang tertinggi' ini..
sebenarnya ada dua jalan..
yang pertama, bersemuka..
dan yang kedua, surat layang..
saya lebih memilih untuk bersemuka, sebenarnya..
biarlah kita bercakap secara hati ke hati atas dasar iman
dan tanggungjawab bersama..
demi membangunkan semula kegemilangan itu..
namun, kawan - kawan berpendapat,
itu bukan cara yang betul kerana kami ni
bukanlah siapa-siapa..tak ada apa2 kuasa..
kami hanya pelajar..
kawan - kawan kata, jangan kerana hal bersemuka ini
mengeruhkan hubungan dengan
orang2 berkuasa tinggi itu..
tapi, saya melihatnya bukan ke arah mengeruhkan hubungan,
tetapi ajakan untuk
berbincang..tapi, kena pandai laa..
bermain dengan hati dan perasaan..
mengajak mereka merenung sejenak zaman kegemilangan dulu..
kawan - kawan kata lagi, mcm mana nak ajak mereka
merenung sejenak kegemilangan dulu, s
edangkan mereka tidak merasa perkara itu..
apa yang kawan - kawan lontarkan, sememangnya bernas,
dan sukar disangkal..
namun, saya memikir dengan keadaan yang sebaliknya..
iaitu, menunjukkan seolah2 kita, pelajar2,
dahagakan kegemilangan dulu..
inginkan kemanisan saat2 berada di bumi wakaf dulu..
perbezaan yang ketara dapat dirasa saat
menjejakkan kaki ke bumi wakaf itu
lebih kurang 4 tahun lalu dengan setelah 4 tahun berlalu..
sayangnya jika membiarkan kegemilangan itu berlalu pergi...
bagi yang faham, insyaAllah masing - masing cuba
untuk memperbetulkan diri..
tetapi, yang tidak faham akan tujuan kewujudan diri,
maka mereka terus hanyut
mengikut rentak yang dimainkan orang - orang tertinggi itu..
bukan untuk mengaibkan.. jauh skali menjatuhkan..
tapi, saya berbicara tentang soal tanggungjawab..
tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah
yang harus dilaksanakan untuk mencari redhaNya..
masakan saya ingin melihat bumi wakaf itu hilang cahaya tarbiahnya,
sedangkan di situlah saya mendapat suapan tarbiah..
sayang, seribu kali sayang..
secara tulusnya, saya ingin menyeru buat seluruh warga bumi wakaf itu,
untuk bangun bersama, kita bina kegemilangan dulu..
kita suburkan nilai-nilai tarbiah yang dulu..
agar-agar generasi yang mendatang bakal merasa kegemilangan itu..
namun, diri ini seolah tidak mampu untuk mengorak langkah seorang diri..
perlukan teman - teman untuk melangkah bersama..
hanya doa menemani, agar mereka sudi bersama saya di atas landasan ini..



Saturday, August 22, 2009

malas lg~! dan maaf3!

nampaknya...entry2 di diari serikandi yg dulu tu x akan dicopy..
kcuali beberapa entry sajaaa..
malas~ huhu..apa nk jadi? =D

dan, saya teringat akan seseorang itu..
kenapa dgn dia? dan yg lain2 jgk..
apa slh saya?huhu..
kenapa mesti ada rasa kurang selesa dgn kawan2?
kenapa mesti bermasam muka?
susahnya mcm nie..
sahabat2 aekalian,
kalau ada apa2 salah, minta maaf byk2..
aku mmg mcm ni..
mungkin suka sakitkan hati org agaknya (ya ka?)
maaf3! huhuu

Friday, August 21, 2009

announcement..

salam..
adalah dimaklumkan bahawa diari serikandi (versi 1)
mempunyai masalah besar yg x dpt dkenal pasti hujung pangkalnya...
maka, dgn ini saya telah mempublished satu lagi diari serikandi..
diharap agar memberi manfaat buat diriku ini serta sapa2 saja yang jejak ke sini,
insyaAllah..

kes apa pun x tau laaa..~
huh, susahnya memiliki sebuah blog..
payah kalau nk explore semua, slp2 click,
binasa lah blog..
huhuuu..
simpati laaa kpd diriku ini..=(

emmm..
post2 yang berada di diari serikandi versi 1
akan dipindahkan ke sini, insyaAllah..
x kan nk delete tros kott..
huu...kenangan tuu..
ngeh~

diari serikandi yg baru nie sama saja temanya,
layoutnya, intipatinya, headernya...
semua sama!~ hehehe..
msh mengekalkan ciri2 yg asli..huhuu
urrhh..kenangan d diari serikandi yg dlu masih kuingati..
(jiwang seketika~)